Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Good Partner Semakin Menarik, Selepas Bercerai Jang Na Ra Perlu Hadapi 7...

Good Partner Semakin Menarik, Selepas Bercerai Jang Na Ra Perlu Hadapi 7 Konflik Menyakitkan Ini

0

Cha Eun Kyung (Jang Na Ra) akhirnya telah rasmi bercerai dengan suaminya iaitu Kim Ji Sang (Ji Seung Hyun) dalam drama Korea Good Partner. Cha Eun Kyung mendapat hak penjagaan atas anak mereka, Kim Jae Hee (Yu Na).

Cha Eun Kyung berharap dengan rasminya perceraian antara dia dan Kim Ji Sang, dia dan anaknya, Jae Hee boleh memulakan hidup yang baru serta segala masalah akhirnya selesai dan mereka tidak perlu menderita lagi.

Namun, beberapa konflik dan masalah baru telah muncul selepas perceraian Cha Eun Kyung dalam drama Korea Good Partner ini. Nampaknya segala-galanya menjadi semakin rumit untuk pasangan ibu dan anak ini.

 

Good partner

1. Kini Cha Eun Kyung perlu mengambil tanggungjawab yang sebelum ini tidak pernah dilakukannya, dia perlu mengantar anaknya terlebih dahulu ke sekolah sebelum ke tempat kerja. Perkara ini menyebabkan dia terlambat untuk bekerja

 

 

9cf07332 ad8a 41c6 89ec 4c2c6b438f262. Walau masalah perceraian sudah selesai, namun perkara ini telah menjadi panas dan memicu perbincangan hangat di kalangan masyarakat dan juga di firma guaman mereka

 

66cbeec9 993b 4f04 8d05 f9085a36a2ea3. Masalah-masalah tersebut membuatkan Pengarah Oh Dae Gyu (Jung Jae Sung) mahu memecat Cha Eun Kyung dari Firma Guaman Daejong

 

968e2783 4982 4ebd ab9c e009d4a02e4a4. Pemecatan ini juga merupakan salah satu cara untuk Oh Dae Gyu membubarkan jabatan perceraian di Firma Guaman Daejong

 

2227d345 4100 45e5 b28c 00252aa25da05. Perceraian ini juga menimbulkan masalah baru pada Jae Hee, perasaan anak malang tersebut jadi lebih sensitif hingga bertengkar dengan kawannya

 

9fe5d9fa efd3 4173 befb 3b430317eccd

6. Walau Jae Hee kelihatan baik-baik sahaja, namun sebenarnya perceraian ini membuatkan Jae Hee tetap memikirkan perpisahan kedua-dua ibu bapanya, hidupnya telah berubah!

 

6147aae6 98bf 4634 8374 aecb170243d77. Jae Hee menjadi sering bersedih kerana sebenarnya dia merindui ayahnya dan tanpa disedari perlakuannya itu menekan perasaan dan emosi ibunya sendiri

Semua konflik dan masalah yang muncul selepas perceraian Cha Eun Kyung ini menimbulkan rasa susah hati dan emosi tidak menentu pada dirinya kerana masalah di tempat kerja dan kerinduan Jae Hee pada ayahnya yang terjadi dalam Good Partner sangat member tekanan kepadanya. Cha Eun Kyung masih mencari jalan keluar dari segala konflik dan masalah baru yang terjadi selepas perceraiannya ini.

Adakah Cha Eun Kyung bakal kembali lagi ke Firma Guaman Daejong Bagaimanakah cara dia mengatasi segala masalah yang bertimpa-timpa ini? Nantikan episod baru Good Partner ya yang anda boleh strim di Viu!

Tonton preview episod seterusnya disini

Baca lagi: Rating “Black Out” Meningkat, Manakala “Good Partner” Adalah Rancangan Paling Banyak Ditonton Sepanjang Minggu
Baca juga: Choi Sa Ra Mendapat Balasan Kerana Menjadi Perempuan Penyondol dalam Good Partner