Sudahkah anda menonton kdrama Goryeo-Khitan War? Bagaimana pendapat anda setakat ini?
Goryeo-Khitan War adalah berdasarkan novel Korea Selatan Goryeo–Khitan War: Sweet Rain in the Winter oleh Gil Seung-soo. Dihasilkan untuk memperingati ulang tahun ke-50 KBS.
Goryeo-Khitan War dibintangi oleh Kim Dong-jun, Choi Soo-jong, dan Ji Seung-hyun. Ia ditayangkan di KBS2 pada 11 November 2023, dan disiarkan setiap Sabtu dan Ahad. Ia juga tersedia untuk penstriman di Wavve di Korea Selatan, di Kocowa di Amerika, dan di Netflix di kawasan terpilih di Asia. Sayangnya kita tidak dapat menontonnya di Netflix Malaysia.
Kembali kepada fokus tajuk artikel ini, mari kita baca ulasan dibawah ini untuk lebih memahami sebab Hyeonjeong menjadi pewaris takhta dalam Goryeo-Khitan War.
Raja Mokjong (Baek Sung Hyun) yang merupakan pewaris takhta ketujuh Dinasti Goryeo ini perlu menghadapi rampasan kuasa dari ibu kandungnya sendiri, Ratu Heonae (Lee Min Young). Raja Mokjong semasa zaman pemerintahannya tidak dikurniakan zuriat.
Perkara ini menyebabkan berlakunya rampasan kuasa kerana pewaris takhta kerajaan masih belum dilantik secara rasmi. Namun, Raja Mokjong dan Ratu Heonae mempunyai perbezaan pendapat mengenai masalah ini.
Ratu Heonae mahu anak hasil hubungannya dengan Kim Chi Yang (Kong Jung Hwan) menjadi pewaris tahta seterusnya. Namun, Raja Mokjong menginginkan Raja Hyeonjong (Kim Dong Jun) untuk menjadi putera mahkotanya.
Apakah sebab utama Raja Mokjong untuk menjadikan Raja Hyeonjong sebagai pewaris takhtanya? Jom kita lihat penjelasan di bawah!
1. Takhta Dinasti Goryeo perlu diberikan kepada anak lelaki keturunan Raja Taejo dari keturunan ayah
Raja Mokjong belum mempunyai keturunan. Perkara ini menimbulkan pertanyaan tentang siapakah pewaris takhta Dinasti Goryeo seterusnya. Pewaris kerajaan biasanya diturunkan untuk lelaki dengan garis keturunan yang sama dari ayah.
Maka dari itu, raja yang memimpin Dinasti Goryeo mestilah dalam satu lingkungan keluarga dengan keturunan yang sama dengan Raja Taejo. Raja Mokjong menganggap Raja Hyeonjong memenuhi syarat tersebut.
2. Raja Hyeonjong adalah keturunan terus dari Raja Taejo dari keturunan ayah kandungnya
Raja Hyeonjong lahir dari hubungan tidak rasmi Putera Wang Uk, Anjong dari Goryeo, dengan anak saudara, Ratu Heonjeong. Putera Wang Uk adalah salah seorang putera kepada Raja Taejo, pengasas Dinasti Goryeo. Manakala, Ratu Heonjeong adalah isteri kepada Raja Gyeongjong, raja kelima Goryeo.
Selepas Raja Gyeongjong meninggal dunia, Ratu Heonjeong menjalin hubungan dengan Putera Wang Uk. Hubungan tersebut menyebabkan dia hamil Wang Sun, Raja Hyeonjong. Tidak berapa lama selepas melahirkan, dia meninggal dunia dan Wang Sun dibesarkan oleh kakaknya, Ratu Heonae.
3. Raja Mokjong memastikan Pemerintahan Dinasti Goryeo tidak turun ke tangan keluarga lain
Seperti yang diketahui, salah satu sebab Raja Mokjong mengangkat Raja Hyeongjong menjadi pewarisnya adalah kerana keturunan Raja Taejo. Adik tiri Raja Mokjong yang Ratu Heonae mahukan untuk meneruskan takhta mempunyai garis keturunan yang berbeza dengan raja sebelum ini. Anak tersebut adalah anak dari hubungan Ratu Heonae dan Kim Chi Yang.
Anak ini mempunyai garis susur galur keluarga yang berbeza dengan Raja Mokjong. Selain itu, Anak tersebut bukan keturunan Raja Taejo dari keturunan bapa. Perkara ini membuatkan calon pewaris takhta yang diinginkan oleh ratu Heonae tidak memenuhi syarat yang dikehendaki.
Dengan berbagai-bagai permasalahan di atas, kita boleh mempelajari selok-belok masalah perwarisan yang dialami oleh keluarga diraja kerajaan Dinasti Goryeo. Drama siri ini menggambarkan secara terperinci dilema yang dialami Raja Mokjong waktu itu. Gambaran terperinci tersebut membuatkan drama siri Goryeo-Khitan War ini menjadi lebih menarik untuk ditunggu sambungannya. Jangan lupa untuk menonton ya!