Greg Doucette, YouTuber dan ahli bina badan yang menuduh Kim Jong-kook guna steroid telah memadam semua video yang berkaitan.
Terdahulu, Greg Doucette mendakwa bintang Running Man itu bina badan pakai dadah. Alasannya, “Tahap hormon testosterone lelaki selalunya rendah bila semakin berumur, dan Kim Jong-kook makin sado berbanding dulu.”
Kim Jong-kook menafikan dakwaan tersebut dan buktikan dirinya telus dengan menjalani ujian paras hormon. Hasil ujian menunjukkan hormon lelaki Jong-kook adalah 8.38.
Kata doktor, “Saya rasa tak rasa ia suntikan hormon kerana dalam hormon darah anda memang sudah tinggi.”
Bagaimanapun Doucette masih tidak berpuas hari dan terus sambung mempersoalkan tubuh Kim Jong-kook tidak natural.
Akhirnya Jong Kook memuat naik video di YouTube saluran miliknya, mengumumkan yang dia akan ambil tindakan undang-undang dan menuntut permohonan maaf daripada Doucette.
“Selepas melalui semua ini, saya rasa cukuplah. Saya nak orang ramai tahu bahawa tindakan sebarkan khabar angin ini terutamanya di media ini boleh buat mangsa merana kerana orang boleh tengok, tulis komen negatif dan sebagainya.”
Sejak itu, video-video Greg Doucette yang berkaitan pun hilang secara tiba-tiba.
Untuk baca perang hormon antara Greg Doucette VS Jong-kook sebelum ini boleh klik pautan artikel di bawah:
Ahli Bina Badan Ini Dakwa Tubuh Sasa Kim Jong Kook Nampak Lain Macam, Bukan Natural
Kim Jong Kook Buktikan Tubuh Sado Dia 99.9% Original, Hot Dan Spicy