Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Gyeongseong Creature Musim 2 Bakal Tayang 27 September 2024, Kali Ini Bawa...

Gyeongseong Creature Musim 2 Bakal Tayang 27 September 2024, Kali Ini Bawa Latar Dunia Moden

0

Netflix telah mengumumkan bahawa drama Korea Gyeongseong Creature musim 2 akan ditayangkan tidak lama lagi. Drama Korea yang menggandingkan Han So Hee dan Park Seo Joon ini dirancang bakal ditayangkan pada 27 September 2024.

Sebelum ini, musim pertama Gyeongseong Creature sudah ditayangkan pada akhir tahun 2023 hingga awal tahun 2024. Pada musim keduanya, cerita Gyeongseong Creature mengambil latar yang berbeza.

Gyeongseong creature musim 2

Bagaimanakah agaknya musim kedua drama ini? Mari sama-sama kita lihat sinopsis Gyeongseong Creature 2, senarai pelakon, dan tarikh tayangnya seperti berikut ini!

 

1. Sinopsis Gyeongseong Creature musim 2

Gyeongseong

Gyeongseong Creature musim pertama mengambil latar tahun 1945. Waktu itu, Korea masih berada di bawah penjajahan Jepun. Tentera dan para penyelidik Jepun membuat penyelidikan haram yang mengerikan di penjara bawah tanah di Hospital Ongseong.

Semua tahanan di Hospital Ongseong diberi pelbagai vaksin, bahan kimia, dan menjadi objek eksperimen yang mengerikan. Sampai pada suatu masa, mereka memberikan parasit kepada beberapa orang tahanan. Salah seorang objek eksperimen menunjukkan hasil yang “baik” dan berubah berubah menjadi raksasa yang mengerikan.

Watak utama dalam Gyeongseong Creature 1 adalah Jang Tae Sang (Park Seo Joon) dan Yoon Chae Ok (Han So Hee). Mereka nekad menceroboh masuk ke dalam Hospital Ongseong untuk mencari ibu Yoon Chae Ok yang menjadi tahanan di sana. Tanpa disangka, ibu Yoon Chae Ok telah berubah menjadi raksasa.

Sementara itu, Gyeongseong Creature 2 mengambil latar dunia moden iaitu pada tahun 2024. Watak utamanya adalah Ho Jae (Park Seo Joon) yang hanpir serupa dengan Jang Tae Sang dan Yoon Chae Ok (Han So Hee). Telah dipastikan, hanya watak lelaki yang berubah. Mereka akan bertemu dan menyelesaikan takdir mereka yang masih terikat dengan masa lalu.

Baca juga: No Way Out: The Roulette Berakhir Dengan “Open Ending”, Akan Ada Musim 2?

2. Senarai pelakon Gyeongseong Creature musim 2

IMG 9690

Berikut ini adalah senarai pelakon yang telah disahkan membintangi Gyeongseong Creature musim 2:

● Park Seo Joon sebagai Ho Jae
● Han So Hee sebagai Yoon Chae Ok
● Lee Mu Saeng
● Bae Hyun Sung

Baca lagi: Signal Musim 2 Bakal Muncul Tidak Lama Lagi, Mari Kita Ingat Kembali 6 Kes Jenayah Pada Musim Pertama

3. Tarikh tayangan Gyeongseong Creature musim 2

IMG 9691

Gyeongseong Creature musim 2 kabarnya sudah melaksanakan penggambaran sejak Februari hingga September 2023. Bahkan teaser musim kedua juga ditayangkan di akhir Gyeongseong Creature 1 sebagai post-credit scene.

Netflix Korea juga telah mengesahkan tayangan Gyeongseong Creature 2. Siri ini dirancang bakal ke udara pada 27 September 2024 akan datang. Tetapi masih belum diketahui adakah musim kedua ini akan ditayangkan secara sekaligus atau dibahagi menjadi dua bahagian seperti musim pertama dulu.

Kita nantikan sahaja kemaskini sebelum tayangannya nanti ya!

Baca lagi: 9 Filem Seram Indonesia 2024 Tentang Kampung Puaka, Gangguan Mengerikan
Baca juga: Kdrama Popular Crash Mengesahkan Musim Ke-2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here