Home Kdrama/Kmovie Gyeongseong Creature: Park Seo Joon, Han So Hee Tampil Tegang dalam Teaser

Gyeongseong Creature: Park Seo Joon, Han So Hee Tampil Tegang dalam Teaser

0

Gyeongseong Creature (2023) merupakan drama thriller misteri yang diarahkan oleh Jung Dong Yoon. Berlatarkan tahun 1945, ketika Gyeongseong berada dalam era paling gelap.

Berkisah tentang munculnya monster yang tercipta hasil dari keserakahan manusia, dan menggambarkan kisah orang-orang yang bertarung sengit di sempadan antara hidup dan mati.

IMG 2798

Netflix akhirnya mengeluarkan teaser serta mengesahkan jadual tayangan drama “Gyeongseong Creature” yang dibintangi Park Seo Joon dan Han So Hee.

IMG 2797

Gyeongseong Creature akan dibintangi oleh aktor-aktor terkenal. Mereka adalah, Park Seo Joon sebagai Jang Tae Sang, Han So Hee sebagai Yoon Chae Ok, Soo Hyun sebagai Maeda, Kim Hae Sook sebagai Nawol Daek, Jo Han Chul sebagai Yoon Joong Won, Wi Ha Joon sebagai Kwon Joon Taek, dan masih ramai lagi aktor-aktor lainnya

Gyeongseong Creature

Wi Ha Jun yang turut bergandingan dalam drama Gyeongseong Creature ini semakin membuat para penonton setia drama korea menaruh jangkaan dan minat yang tinggi untuk drama yang akan tayang akhir tahun ini.

IMG 2754 1

Dalam teaser baru yang dikeluarkan pada 12 November, Jang Tae Sang (Seo Joon) dan Yoon Chae Ok (So Hee) tampil tegang.

Teaser “Gyeongseong Creature” dibuka dengan gambar sekumpulan orang misteri yang memakai topeng dan membawa senjata. Kumpulan tersebut berada di sebuah ruangan gelap dengan asap tebal.

“Musim bunga tahun 1945. Ada manusia dan makhluk di sebuah rumah sakit Gyeongseong,” demikian tulisan dalam teaser tersebut.

IMG 2794

Adegan kemudian beralih kepada Tae Sang yang berjalan sambil membawa senapang laras panjang. Tompokan darah tampak mengotori kemeja putih yang dipakainya. Dia memasang ekspresi intens bak menemui hal yang tidak dijangka.

IMG 2795

Setelah itu, muncul Chae Ok yang sama-sama mengenakan kemeja putih dan membawa senapang laras panjang. Dengan penampilan kusut-masai dan mata berkaca-kaca, Chae Ok mengarahkan senapangnya kepada seseorang atau sesuatu. Teaser tersebut diakhiri dengan Tae Sang yang memegang Chae Ok dan mengajaknya melarikan diri.

IMG 2796

‘Gyeongseong Creature’ yang dibintangi Park Seo Joon dan Han So Hee akan dibahagikan kepad dua bahagian. Bahagian pertama tayang pada 22 Disember 2023, dan bahagian kedua tayang pada 5 Januari 2024.

IMG 2757

Sebagai makluman, “Gyeongseong Creature” menggabungkan drama sejarah dengan misteri thriller. Berlatar awal tahun 1945 ketika Korea berada di bawah pemerintahan kolonial Jepun, drama ini tertumpu pada dua orang yang bertemu dengan makhluk aneh yang lahir dari keserakahan.

IMG 2761

Mereka adalah Tae Sang, lelaki paling kaya di Gyeongseong dan pemilik rumah gadai Golden Jade House, serta Chae Ok yang mencari orang yang hilang. Bersama, Tae Sang dan Chae Ok kemudian harus berjuang untuk bertahan hidup di kota Gyeongseong yang sekarang dikenali sebagai Seoul.

Nantikan lagi kemaskini tentang “Gyeongseong Creature” sebelum tayanganya nanti ya!

Baca lagi: Bagaimana Kim Ji Yong Berubah Jadi Vigilante? Kerana Dendam?
Baca juga: Moon In The Day: 4 Sebab Korang Mesti Layan Drama Yang Diadaptasi Webtoon Ini