Banyak kemalangan yang berlaku berpunca kerana tidak menjaga jarak antara kenderaan semasa berada di jalan raya. Situasi melanggar belakang kereta pemandu lain kerap berlaku yang mana kadang ianya tidak disengajakan.
Seperti rakaman yang tular di tiktok @nazrankhann, dapat dilihat situasi yang mana pemilik rakaman dashcam ini dilihat hampir melanggar sebuah kenderaan jenis Lexus yang mana kereta tersebut dikatakan sangat mahal. Situasi tersebut dilihat berpunca kerana pemilik rakaman tidak mengekalkan jarak yang selamat dan dia juga bersyukur tiada apa yang berlaku.
Dalam hati “Habislah aku langgar Lexus”. Tapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Alhamdulillah tiada apa2 berlaku
Situasi tersebut telah meraih perhatian ramai dan rata-rata mengaitkan dengan kereta Lexus tersebut.
“Pro tips: Kalau follow kereta mahal, duduk jauh sikit. Kalau langgar pedih mat. Kalau follow proton or Perodua takpe lagi”
“tu klu kena, tiap mlm mesti mimpi lexus”
“lexus mahal, kira masuk level biskut premium juga”
“mahal tu lexus makan modal kalau langar”
Baca juga : Kerana Motor Tak Jaga Jarak, Kemalangan Di Petak Kuning Raih Perhatian
Baca juga : Sebab Tak Jaga Jarak, Rakaman Rider Terjatuh Raih Perhatian Ramai
Lihat klip rakaman dashcam di instagram :
View this post on Instagram
Lihat juga komen netizen :
@AbgMateo18 : Ini adalah asbab , doa ibu bapa, doa suami isteri dan doa orang2 susah yang pernah kita tolong
@July 10 : tpkan. klau kita dh jaga jarak depan tp kereta belakang pulak yg menyucuk keta kita
@sallymisha : Maaf akak pulak yg menjerit seriau sbb penah bnyk kali kena mcm nie
@Mat P : bila tunda blkg keta tinggi,x dpt agak dpn brek ke tak slalunya..lagi satu yg blkg tinted gelap abis,kita duk blkg x nmpk dpn tu
@rozs : Pnh sekali tekan minyak dr line tgh nak ke line kanan. Skli honda civic dpn emergency break. “Dlm otak, habislah honda kot” tapi nasib dia gerak
@MeriadocBrand : yg pelik ru selalu jd cmni kt lane paling kanan, lane yg slow tu elok je jln, x phm aku kadang2.
@nyny : perghhhh kalau mcmni memang brek rapat laa , sambil berzikir
@ripolah : saya kalau lalu sini memang elak ikut kanan sampai lepas exit upm.. sesuka mereka je brek mengejut
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber : Tiktok dan Instagram