Telah dilaporkan baru-baru ini seorang pelakon K-Drama Lee Jihan akan berlakon untuk series Drama yang baru.
Mengikut sebuah laporan media yang eksklusif pada 31 Oktober, Lee Jihan sewaktu itu tengah melakonkan K-Drama bergenre “fantasy roamance” oleh MBC. Dia telah mengambil watak sebagai bekas teman lelaki untuk pelakon utama perempuan dan dia memfilemkan bahagiannya bulan lepas. Drama tersebut akan di keluarkan pada January 2023.
Pada masa yang sama, Lee Jihan, seorang bekas ahli program survival Mnet idol “Produce 101 Season 2” telah meninggal dunia baru-baru ini sewaktu trajedi Itaewon. Dia telah meninggal pada umur 25 tahun.
Sesi pengebumiannya akan dilangsungkan pada 1 November di Funeral Hall of Myongji Hospital.
Moga keluarga dan orang terdekat Lee Jihan tabah dan kuat atas pemergiannya.
Baca Juga: “Adu… Dating Tak Clean…”- 2 Agensi Menafikan Pasal Khabar Angin Dating Pasangan Ini
Baca Berkaitan: Peserta ‘Produce 101’ Musim Kedua, Lee Jihan Antara Mangsa Yang Meninggal Dunia Ketika Rempuhan Di Itaewon