Home New Post Hampir Berlanggar Dengan Hilux, Lelaki Ini Bersyukur Tiada Apa Yang Terjadi

Hampir Berlanggar Dengan Hilux, Lelaki Ini Bersyukur Tiada Apa Yang Terjadi

0

Banyak kemalangan yang dapat kita lihat sejak kebelakangan ini. Ada juga kemalangan yang hampir-hampir berlaku namun tidak terjadi kerana kecekapan pemandu itu sendiri.

Baru saja tular sebuah rakaman dashcam yang mana bertarikh 12 julai tetapi baru sahaja dimuat naik oleh pemilik rakaman tersebut bagi mengimbau kejadian yang baru sahaja berlaku di mana kereta yang dipandu hampir berlanggar dengan kenderaan jenis hilux di selekoh jalan. Berdasarkan video tersebut dapat dilihat terdapat 4 buah kereta yang difahamkan baru terlibat dengan kemalangan kecil dan berhenti di tepi jalan yang sempit itu dan sukar dilihat kerana berlaku betul-betul di selekoh jalan.

Sampai 4 biji berhenti tepi tu. kalau kitorg terlanggar lah tu hmm memang hancur la kereta kitaorg tu. nasib baik la hilux ketepi terus. Nasib baik sgt lah. Taknak salah kan sesiapa tapi bersyukur tak berlanggar sesiapa. Nasib ada dashcam boleh tengok balik semula

Di ruangan komen ada yang menegur supaya orang-orang yang berdiri dan melambai itu sepatutnya memberi amaran sebelum selekoh lagi kerana tempat tersebut tidak boleh dilihat oleh pemandu.

“diorang patut angkat2 tangan SEBELUM selekoh tu. baru orang lain extra alert.”

“patutnya sebelum corner lagi dah ada orang jaga, corner tu blindspot kereta2 depan”

Baca juga : “Nasib Baik Myvi Tu Perasan”-Buat Pusingan U Dlm Jalan Sempit, Kereta Hampir Berlanggar

Baca juga : “Fuhh, Nyaris2 Bersepah”-Rakaman Dua Superbike Hampir Bertembung Tarik Perhatian Netizen

Lihat rakaman dashcam di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @daebakingcosmetics

Lihat juga komen netizen :

@ha5y1m : bagus hilux tue. dia masuk lane nk bg tau ade kete benti

@JueAmin : Bukak tingkap tak tu carut? hon je lama2 patutnya. Geram tengok.

@Durk : sbb tu setiap kereta wajib guna waze

@M Z : kena jaga atas lg,ni dh dekat2 baru ade yg melambai..

@ceyya : Rasa nya mereka terlanggar kot antara kereta tu

@ikhmalnorhisam : nah mcm tu pun bole nyaris² ooo

@Lah Kechik : mcm dekat tempat yg moto tu hampir belah lori ja

@VVIP1121 : Parking lah tempat yg selamat ni kalau lori yg lalu hbis semua sekali dia sapu dah lah kon merah x letak mmng hawau betul

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram