Seorang pesara rugi hampi RM50,000 apabila wang simpanannya dalam bank disyaki ‘dilesapkan’ oleh seorang warga Filipina untuk membeli barang kemas dan bar emas secara dalam talian.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor mengatakan terdahulu mangsa lelaki berusia 85 tahun itu membuat semakan terhadap kewangan akaun bank miliknya di sebuah cawangan bank tempatan di Taman Tun Dr Ismail, pada 20 Disember yang lalu.
“Hasil semakan mangsa itu mendapati ada penolakan wang simpannya mulai September hingga Disember tahun lalu bagi tujuan ‘sales’ debit’ dianggarkan berjumlah RM47,940.61”
-katanya dalam satu kenyataan
“Pengadu mendakwa tidak pernah mendaftar untuk khidmat perbankan dalam talian, manakala kad mesin juruwang automatik (ATM) sentiasa berada dalam simpannya, selain tidak pernah membuat sebarang transaksi secara dalam talian”
Selain itu, Amihizam berkata, polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Brickfields menahan seorang lelaki warga Filipina disyaki terbabit kes berkenaan.
Suspek ditangkap ketika berada di rumah pengadu di Persiapan Zaaba Taman Tun Dr Ismail, kira-kira jam 7.40 malam.
“Hasil siasatan mendapati suspek berusia 37 tahun itu bekerja sebagai ‘caretaker’ (penjaga) pengadu yang menghidap masalah kesihatan sejak Mei 2022 lalu”
“Suspek akui menggunakan kad ATM milik pengadu untuk membuat 19 transaksi pembelian barangan seperti gelang emas, bar emas dan rantai emas secara dalam talian”
Suspek juga disyaki menjual semula barangan terbabit di sekitar ibu negara dan wang hasil jualan itu digunakan untuk tujuan peribadinya.
“Suspek direman tujuh hari bermula 4 hingga 10 Januari lalu untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan”
Beliau turut mengatakan, pihaknya sudah mendapat kebenaran untuk menuduh suspek di Mahkamah Majistret, mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.
Amihizam sekaligus menasihati orang ramai supaya tidak mendedahkan segala butiran data peribadi atau maklumat perbankan kepada individu tidak dikenali bagi mengelak kejadian sedemikian berlaku.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: InfoRakyat