Banyak kemalangan yang berlaku kadangkala berpunca dari kecuaian kita sendiri. Oleh sebab itu, di tempat-tempat yang berisiko seperti di jambatan kita digalakkan untuk membawa secara perlahan terutama bag penunggang motosikal.
Baru sahaja semalam tular sebuah video di media sosial di mana situasi menunjukkan sebuah kemalangan yang hampir meragut nyawa di mana dapat dilihat dalam kamera dashcam sebuah kereta, penunggang motosikal dan pembonceng di belakang hampir terjatuh dari jambatan. Ramai yang mengatakan motor tersebut mahu berhenti di tepi tetapi tidak sempat menekan brek berikutan kerana membawa terlalu laju. Dalam rakaman tersebut dilihat juga penunggang tersebut cuba untuk memintas motor lain di hadapannya. Difahamkan mangsa kedua-duanya selamat.
“Kau rase apa abang motor yang dia potong tu fikir..lain kali nak benti jgn laju2 dik. Harap korang selamat.. nothing serious!”
“Lebih kepada nak buat stai. Celah2 dok buat stai potong2 orang”
“takde common sense ke nak menyelit pun.”
“aduhhhh syukur tak jatuh laut…kalau tidak lemas lah jawab nyer…”
Kejadian dikatakan berlaku di Jambatan 1 Pulau Pinang.
Panas2 lagi …kejadian baru berlaku di jambatan 1 Pulau Pinang, nasib baik tak terlepas ke bawah …Hilang kawalan ke apa tu agaknya
Baca juga : Tiang Lampu Jalan Terjatuh Di Lebuhraya, Pemandu Ini Bersyukur Kerana Masih Selamat
Baca juga : Hampir Terjatuh Ke Dalam Jurang, Tindakan Kakak Ini Menyelamatkan Adiknya Curi Perhatian
Lihat klip berdurasi pendek di instagram :
View this post on Instagram
Lihat juga komen netizen :
@KruppeTheEel : Dia nak pulang ke rahmatullah tapi ada besi apa tah sebelah tembok tu tak bagi p
@SuaraSengau : Aku dari dulu pikir mcm mana jambatan kat malaysia punya tembok ni boleh lulus pemeriksaan keselamatan
@jefferi78 : tak sabar langsung. nasib tak ajal.
@orewazetto : jangan duduk atas line putih…tayar berbunga cane sekalipun duduk atas line putih time hujan mesti senang tergelincir
@yungkevx : Dah tau nak park tepi knapa still nak potong? semoga dpermudahkan
@vmirfvis : kalau ye nak berhenti pun jangan la pancung orang depan kau, macam tempat berhenti tu lagi 20km sekelam kelam tidak perangai
@Zafran_5Pv : Kau pancung pastu nak masuk kanan balik mmg lajak la moto tu ..kau break pon takde guna sama je luncur. Lain kali ikut je belakang brader tu. Sampai masa masuk kir
@Lalalisa2022 : Nak benti tepi pastu ko pecut potong motor lain , bijak betul ingt motor bleh terus slow ke?
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram