Home Filem/drama Jepun Han Hyo Joo, Shun Ogori Bakal Muncul dalam Siri Rom-Com Netflix “Romantic...

Han Hyo Joo, Shun Ogori Bakal Muncul dalam Siri Rom-Com Netflix “Romantic Anonymous”, Kolaborasi Jepun-Korea

0

Han Hyo Joo dan Shun Oguri bakal membintangi siri romantik-komedi Netflix yang berjudul ROMANTICS ANONYMOUS. Selain daripada dua orang bintang utama ini, Yuri Nakamura dan Jin Akanishi juga telah disahkan turut sama bakal terlibat dalam drama siri ini.

Berdasarkan filem Perancis Les Émotifs Anonymes (Romantics Anonymous), drama siri ini mengisahkan tentang cerita romantik seorang pembuat coklat yang menderita gangguan anxiety sosial semasa dia bekerja di sebuah kedai coklat kecil.

Drama siri yang bakal ditayangkan ini akan diarahkan oleh Shô Tsukikawa yang sebelum ini merupakan pengarah Let Me Eat Your Pancreas dan The 100th Love With You.

Berikut dibawah adalah beberapa perkara menarik tentang drama Romantics Anonymous yang akan ditayangkan pada 2025.

 

1. Watak yang dibawa oleh Han Hyo Joo dan Shun Oguri

Romantics AnonymousHan Hyo Joo akan membawa watak sebagai Hana Lee, seorang pembuat coklat genius yang menyembunyikan identitinya kerana gangguan anxiety yang dialaminya. Manakala Oguri Shun membawa watak sebagai Sosuke Fujiwara, pemilik baru kedai coklat popular, dia mempunyai masa lalu yang penuh trauma.

Yuri Nakamura membawa watak sebagai Irene, seorang pakar psikologi dan penulis terkenal yang merawat Sosuke dan Hana. Walau mempunyai kerjaya yang hebat, Irene juga berjuang dengan masalah peribadinya sendiri.

Jin Akanishi juga turut terlibat dalam drama siri ini dan membawa watak sebagai Hiro Takada, pemilik bar yang dalam diam disukai oleh Hana. Dia telah berkawan dengan Sosuke sejak zaman sekolah lagi.

 

2. Han Hyo Joo kembali menjadi ‘pelakon baru’

Han Hyo Joo

Han Hyo-joo menyatakan bahawa dia sangat gembira kerana diberi peluang untuk terlibat dalam projek kolaborasi Korea dan Jepun ini. Malahan pelakon wanita ini sengaja memasang mindset sebagai pelakon baru kerana dia merasa gugup tetapi dalam masa yang sama dia sangat bersemangat selama projek ini berlangsung.

“Saya gambira boleh menjadi sebahagian dari projek kolaborasi Korea dan Jepun ini. Saya melakukan penggambaran dengan mindset seorang pelakon baru, merasa sedikit gugup tetapi penuh semangat untuk mengerjakan projek ini. Saya akan melakukan yang terbaik hingga akhir untuk menghasilkan drama yang terbaik. Nantikan dan berikan sokongan ya,” ungkap Han Hyo Joo.

ROMANTICS ANONYMOUS kini masih dalam proses penggambaran yang dilakukan di Jepun dan dijangkakan akan ditayangkan di seluruh dunia di platform Netflix pada tahun 2025 akan datang!

Baca lagi: Latar Belakang Kisah 3 Watak Utama dalam High School Return of a Gangster
Baca juga: Han Hyo Joo: 6 Watak Paling Padu Yang Dilakonkannya