Home Entertainment Han River Police: 3 Misteri Yang Muncul Di Awal Episod, Menjadi Tanda...

Han River Police: 3 Misteri Yang Muncul Di Awal Episod, Menjadi Tanda Tanya

0

Han River Police ditayangkan secara perdana pada Rabu, 13 September 2023 di Disney+ Hotstar. Baru dua episod pertama, Han RIver Police (2023) sudah menyajikan beberapa buah misteri yang meninggalkan banyak persoalan.

Bermula dengan bagaimana saudara Han Doo Jin meninggal hingga sebab dia dan Baek Cheol bertengkar. Jom kita lihat kemungkinan tiga persolaan di bawah ini.

Peringatan: Artikel ini mengandungi spoiler!

 

1. Kenapa abang Han Doo Jin meninggal dunia?

Han river policeHan Doo Jin (Kwon Sang-woo) ternyata mempunyai seorang abang yang juga merupakan seorang anggota polis Sungai Han. Namun, diceritakan abang Han Doo Jin sudah meninggal dunia. Sayangnya, sebab utama abangnya meninggal dunia belum diceritakan. Mungkinkah kematian abang Han Doo Jin berkaitan dengan kes-kes yang terjadi di Sungai Han?

 

2. Apakah hubungan antara Baek Chul dan Han Doo Jin?

8b703486 130a 4b30 9eb3 c7e2d9f86520Abang Han Doo Jin sebenarnya akan mendirikan rumah tangga dengan adik Baek Cheol (Park Ho San). Baek Cheol juga adalah kawan satu divisyen Han Doo Jin di balai polis Sungai Han. Dulu mereka sangat rapat, sekarang Baek Cheol dan Han Doo Jin telah bermusuhan. Kemungkinan besar kerana Baek Cheol ada kaitan dengan kematian abang Han Doo Jin.

Bahkan Baek Cheol juga berhenti menjadi seorang anggota polis. Masih menjadi misteri, apakah hubung kaitnya dengan kematian abang Han Doo Jin? Serta kenapa Baek Cheol meletakkan jawatan sebagai anggota polis?

 

3. Apakah agenda tersembunyi disebalik pembinaan kapal-kapal pesiaran di Sungai Han?

Han riverDi episod 2, Go Gi Seok (Lee Sang Yi) mengarahkan Baek Cheol dan anak buahnya untuk mengambil emas di kapal pesiaran yang terdampar. Ternyata, emas-emas itu disimpan di dalam kotak-kotak kayu.

Kemungkinan besar emas-emas itu adalah milik bapa saudara Go Gi Seok, iaitu Hwang Man Dae (Choi Moo Sung). Hwang Man Dae adalah pemilik syarikat kapal pesiaran paling berjaya di Sungai Han.

Boleh jadi, kapal persiaran bukan hanya digunakan untuk menambah kemasukan para pelancong, tetapi kapal-kapal tersebut juga digunakan untuk menyelundup emas atau barang terlarang yang lain.

Baru disiarkan sebanyak dua episod, Han River Police (2023) sudah membuatkan para penonton memerah otak. Ya, plot ceritanya berjalan agak perlahan, namun ketegangan yang disajikan pasti ada misteri lain yang akan membuatkan anda terus tertanya-tanya nanti!

Baca lagi: Han River Police: Lee Sang Yi Bawa Watak Villain
Baca juga: 5 Fakta Menarik The Kidnapping Day, Thriller Black Komedi Wajib Ditonton