Home Disney+ Han River Police Episod 1-2 Tampilkan Misteri Yang Sukar Dirungkai

Han River Police Episod 1-2 Tampilkan Misteri Yang Sukar Dirungkai

0

Han River Police sudah ditayangkan secara perdana pada 13 September 2023. Drama siri ini menampilkan Kwon Sang-woo, Kim Hee Won, Lee Sang Yi, dan ramai lagi bintang terkenal Korea Selatan.

Para pelakon ternama ini bakal menemani penonton sepanjang dua minggu akan datang dengan jumlah 6 episod untuk Kdrama ini.

Pada penayangan dua episod perdana Han River Police telah ditampilkan beberapa misteri yang membuatkan para penonton tidak senang duduk. Hubungan setiap watak yang masih belum jelas juga mengajak para penonton untuk berfikir lebih jauh untuk mengetahui setiap rahsia pada episod seterusnya.

Berikut adalah highlight episod 1 dan 2 Kdrama Han River Police.

Peringatan: Artikel ini mengandungi spoiler!

 

Han river police
1. Hwang (Choi Moo Sung) mencuba mengembangkan perniagaannya dan menambah unit kapal pesiaran di Sungai Han dengan menyuap atau memberi rasuah kepada pihak berkuasa

 

 

81adf1f3 f05a 40f4 8d66 88a39bd18b6f
2. Namun, Pengarah Go (Lee Sang Yi) yang juga merupakan anak saudara dan juga orang bawahannya telah membuat onar yang akhirnya dihidu oleh pihak media

 

 

2ff7213a 3b17 4596 b4ed 4161fdcbd38b
3. Pengarah Go membuat kapal pesiaran itu melalui laluan yang seharusnya tidak boleh dilalui. Kebetulan pula, polis Sungai Han iaitu Do Na Hee (Bae Da Bin) berada di sana pada waktu itu

 

 

4f868441 81c7 4ae1 8367 96ede940d625
4. Polis Sungai Han yang lain iaitu Han Doo Jin (Kwon Sang Woo), Lee Chun Seok (Kim Hee Won), dan Kim Ji Soo (Shin Hyun Seung) juga cepat-cepat datang ke tempat kejadian

 

e91a33c5 f67d 4594 b052 c78f3567821d
5. Namun, disebabkan oleh kekurangan kapal untuk melakukan pemindahan, Chun Seok terpaksa memanggil Baek Chul (Park Ho San) untuk membantu

 

 

0d23fe8d 0593 43a4 8737 a6f3aabc17c7
6. Baek Chul dulu adalah polis Sungai Han. Namun, dia melepaskan jawatan akibat insiden yang telah meragut nyawa abang kepada Doo Jin dan kini dia melakukan pekerjaan haram

 

 

a61ef936 568a 431e a318 5dd8877ba57b
7. Hubungan Baek Chul dan Doo Jin memang semakin buruk kerana Baek Chul tidak menceritakan secara terperinci kejadian yang membuatkan Doo Jin memandangnya dengan perasaan benci dan negatif

 

aef7df8d 0342 4244 8b50 e8dfa113a756

8. Baek Chul diminta oleh Direktur Go untuk mengambil emas di kapal pesiaran. Ini adalah tindakan haram kerana melawan arahan pihak polis

 

 

d2f5cb3c 7f3a 4e02 92ab 30fd18b16626
9. Selain masalah yang cukup serius itu, penonton juga turut tertanya-tanya tentang perkembangan kisah cinta tiga segi antara Doo Jin, Na Hee, dan Ji Soo

Banyak persoalan yang muncul selepas penayangan dua episod tersebut. Untuk mengetahui lebih lanjut, jangan lupa untuk menyaksikan episod terbaru Han River Police setiap hari Rabu di Disney+ Hotstar ya!

Baca lagi: 12 Kdrama Dari Para Pelakon Han River
Baca juga: Han River Police: Lee Sang Yi Bawa Watak Villain
Baca lagi: Han River Police: 3 Misteri Yang Muncul Di Awal Episod, Menjadi Tanda Tanya