Agensi pelakon Han So Hee dengan tegas menyatakan aktres itu tidak bercadang untuk membayar balik hutang bagi pihak ibunya.
Menurut 9ato Entertainment susulan berita ibu pelakon itu disaman kerana penipuan, Han So Hee tidak bercadang untuk terlibat dalam perkara itu. Di bawah adalah kenyataan rasmi daripada agensi tersebut.
“Helo, ini 9ato Entertainment. Kami menulis untuk menjelaskan keadaan mengenai ibu kepada pelakon kami Han So Hee.
Ibunya Mrs.Shin telah menggunakan akaun bank di bawah nama Han So Hee dalam proses meminjam wangnya.
Akaun tersebut telah dibuat ketika Han So Hee masih di bawah umur tanpa kebenarannya, dan Puan Shin menggunakan akaun tersebut untuk meminjam dananya tanpa diketahui oleh Han So Hee sendiri.
Terdapat kes yang sama seperti ini pada masa lalu, termasuk kes pendokumen palsu. Siri kes sivil ini telah dibicarakan dan mahkamah telah mengesahkan semua ini tidak berkaitan dengan aktres itu.
Kami memohon maaf kerana menimbulkan kebimbangan mengenai kehidupan peribadi aktres kami. Tetapi kami mengeluarkan penjelasan lanjut kerana kami tidak mahu orang lain menjadi mangsa di masa hadapan.
Selain itu, Han So Hee tidak bercadang untuk berkongsi tanggungjawab atas hutang ibunya. Ini adalah untuk mengelakkan ibunya daripada menggunakan nama anak perempuannya untuk meminjam wang pada masa hadapan dan untuk mengelakkan daripada orang yang tidak sepatutnya memeras ugut ibunya.
Baca lagi: Aktres Jelita Ini Pernah Dibenci Penduduk Korea Utara
Baca lagi: Wajah Taehyung BTS Ini Membuatkan Pakar Bedah Plastik Susah Nak Buat Kerja
Memang benar mereka adalah ibu dan anak perempuan dan sukar untuk memutuskan hubungan yang dianugerahkan tuhan.
Kami kesal kepada mangsa, namun kami mengambil pendirian tegas dengan harapan perkara ini tidak berulang pada masa hadapan. Kami harap anda semua faham.”
Sumber: Soompi