Home Entertainment Hani EXID Dikatakan Terperangkap Dalam Percintaan? Hani Akhirnya Buka Mulut

Hani EXID Dikatakan Terperangkap Dalam Percintaan? Hani Akhirnya Buka Mulut

0

Pada 6 Oktober, Hani EXID muncul di saluran makeup YouTuber Leo J, meminta ‘makeup look’ “dekaden”.

Semasa sedang makeup Hani, Leo J secara semula jadi membawa topik tentang perhubungan antara Hani dan teman lelakinya.

Actress Ahn Hee Yeon aka EXID Hani Profile, Drama, Facts, and TMI

Dia berkata, “Jadi awak bercinta secara terbuka,” yang kemudian dijawab oleh Hani, “Ia telah didedahkan kepada umum.” Mendengar ini, Leo J mengulas, “Tetapi tak rasa ke sekarang macam lebih baik bila awak bercinta secara terbuka di tempat yang terbuka?”

Hani mengangguk dan berkata, “Betul. Sebelum ini, selalu rasa macam tak selesa. Seperti, saya sedang menyembunyikan sesuatu daripada peminat saya”.

Hani kemudian menyambung, “Tetapi apa yang membuat saya marah adalah komen di media sosial. Kerana dia seorang pakar psikiatri yang 10 tahun lebih tua daripada saya, komen itu tulis yang saya seorang yang cacat akal dan terperangkap dalam hubungan itu.”

1665199406

1665199398

Sambil menutup bulu matanya, Leo J bertanya kepada Hani, “Katakan sesuatu kepada orang yang tulis komen tu.” Hani kemudian melihat ke kamera dan berkata, “Saya tidak cacat akal! Itu tidak benar!”

Sementara itu, Hani sebelum ini mengakui hubungannya dengan pakar psikiatri Yang Jae Woong pada Jun tahun ini. Yang Jae Woong, yang pernah muncul dalam pelbagai program TV sebagai pakar psikiatri, diketahui berusia 10 tahun lebih tua daripada Hani. Mereka berdua telah bercinta selama lebih kurang 2 tahun.

Baca lagi: “Saya Mula Jatuh Cinta…” -Park Hye Soo Muncul Di Khalayak Ramai Selepas Terlibat Kes Buli

Baca lagi: Byul Kongsi Keadaan Terkini Anaknya Yang Menghidap Penyakit Sindrom Guillain-Barre

Sosok Yang Jae Woong, Pacar Baru Hani EXID Direktur Rumah Sakit - Korea  ZIGI.ID

Sumber: [1]