Home Entertainment Hantu Ju-On Menghantui Instagram?

Hantu Ju-On Menghantui Instagram?

0

Bagi penggemar filem seram, pasti cerita hantu Jepun, Ju-on (The Grudge) ini tidak asing bagi anda.

p35977 v h9 ad

Filem Ju-on mengisahkan setiap orang yang masuk ke dalam rumah tempat terjadinya pembunuhan, satu persatu akan mati kerana dibunuh oleh roh jahat bernama Kayako.

Kayako bersama anaknya, Toshio, dulunya tinggal di rumah tersebut sebelum dibunuh oleh suaminya sendiri secara sadis. Rohnya menghantui dan mengganggu siapa saja yang masuk ke bangunan itu.

Kerana menjadi saksi pembunuhan yang dilakukan si ayah terhadap ibunya, Toshio pun turut ditamatkan nyawanya. Sama seperti si ibu, kanak-kanak itu juga kacau sesiapa yang pernah masuk ke rumah berpuaka tersebut.

Namun di sebalik cerita menyeramkan itu, siapa sangka hantu pun mengikut trend. Untuk pengetahuan anda, ‘Kayako’ dan ‘Toshio’ memiliki akaun media sosial Instagram dengan nama kayakowithtoshio.

https://www.instagram.com/p/BI3w0WDhHm8/

https://www.instagram.com/p/BDC4QpDtKZI/

Saat artikel ini ditulis, akaun berkenaan mempunyai followers seramai hampir 62 ribu, yang alangkah bagusnya jika itu juga adalah digit dalam akaun bank kita.

Dalam Instagram-nya, terdapat foto-foto yang menunjukkan aktiviti Kayako dan Toshio. Mereka melakukan kegiatan normal seperti ibu dan anak lain misalnya bermain di taman, makan bersama, naik kenderaan awam, sehinggalah piknik di bawah pohon Sakura.

https://www.instagram.com/p/BDpn3t8tKaG/

https://www.instagram.com/p/BCO88roNKbL/

https://www.instagram.com/p/BD2N6RJNKff/

Selain menampakkan unsur seram, Instagram kayakowithtoshio ini juga kelihatan lucu. Warga Jepun turut menggelar mereka dengan istilah kowakawaii, bermaksud ‘menakutkan’ dan ‘lucu’.

Sebenarnya akaun tersebut dibuat untuk mempromosikan filem seram yang menampilkan dua hantu legenda Jepun iaitu Kayako dan Sadako dalam filem bertajuk ‘Sadako vs. Kayako’ pada tahun 2016. Kreatif juga kan cara diaorang ni?

Sumber: Grapee.jp, Liputan6d