Home News Hanya Berkenalan disini, Jejaka Malaysia Ini Temu Jodoh Orang Jepun

Hanya Berkenalan disini, Jejaka Malaysia Ini Temu Jodoh Orang Jepun

0

Jodoh pertemuan sememangnya rahsia. Pada kali ini, min daebaking ingin berkongsi cerita seorang jejaka Malaysia bertemu jodoh dengan gadis dari Jepun di sebuah wilayah Jepun pada tahun 2014 yang akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin.

Jurutera komputer, Muhammad Norfaizad Farhan Nor Hasyimi, 28, dari Taman Jali, Kangar bersama pasangannya, Ana Farhana Tanaka, 25, dari Nara, Jepun sama sekali tidak menyangka perkenalan secara rawak di Facebook pada 2014 menjadi bibit pertemuan mereka berdua.

Berkongsi kenangan manis itu, Muhammad Norfaizad berkata, dia mula tertarik dengan pasangannya itu di Facebook dan tekad untuk ke Jepun bagi bertemu dengan isterinya untuk pertama kali.

1 1

“Kami berbual setiap hari di Facebook, pada mulanya memang takut untuk menjalinkan hubungan kerana bimbang perbezaan antara dua budaya menjadi penghalang.

“Namun saya tekad meminta restu daripada ayah dan memintanya membelikan satu tiket penerbangan ke Osaka bagi bertemu dengannya meskipun sebelum ini saya tak pernah melancong ke luar negara,” katanya ditemui pada majlis akad nikahnya di Masjid Padang Katong di sini.

2 1

Pasangan itu selamat diijabkabulkan 10.45 pagi tadi.

Ana Farhana menerima mas kahwin RM300 bersama senaskhah al-Quran dan sepersalinan tradisional orang Melayu lengkap.

3 1

Bagi Ana Farhana pula, dia yang fasih berbahasa Melayu mengakui pada awalnya gementar ketika suaminya itu melamar untuk memperisterikannya awal tahun ini.

4 1

“Ketika dia beritahu ingin bertemu pertama kalinya, memang rasa gementar kerana sebelum itu kami hanya berbual di Facebook dan tidak sangka dia serius untuk bertemu.

“Namun melihatkan kesungguhannya yang ingin bertemu, saya bersetuju untuk ke hubungan lebih serius,” katanya yang sudah memeluk agama Islam tiga tahun lalu di negara asalnya.

5

Menurutnya, sejak pertemuan pertama kali pada 2014 itu mereka menjalinkan hubungan percintaan sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga.

Bagi bapa Norfaizad, Nor Hasyimi Ismail, 57, dia menganggap pertemuan anak dan menantunya itu adalah takdir.

“Memang tak sangka dapat menantu luar negara, tetapi saya anggap ini kurniaan Tuhan kepada keluarga kami,” katanya.

Kenal di Facebook, namun cinta bertaut di Osaka. Begitu perihalnya kisah cinta anak Perlis, Norfaizad Farhan yang selamat ijabkabulkan dengan seorang gadis, Anna Takana dari Nara, Jepun. Perkahwinan yang mendapat restu dari kedua belah keluarga ini berjalan dengan lancarnya tengah hari tadi.

Kita doakan yang terbaik buat mereka.  6

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Daebaking.

Sumber : Perlis Kini