Filem Korea semakin bersinar dan digemari penonton di seluruh dunia termasuk Malaysia. Pada tahun 2023, karya pawagam dari Negara Ginseng telah berjaya menerbitkan beberapa filem terkenal yang telah mencuri hati penonton.
Sepanjang tahun 2023 lalu, industri perfieman Korea Selatan menghidangkan pelbagai jenis filem. Ada filem yang mengangkat kisah penyeludupan, bencana alam, pemberontakan, dan banyak lagi. Namun, kenyataannya tidak banyak filem yang berjaya di pasaran.
Penjualan tiket sesebuah filem perlu melebihi angka tertentu untuk menanggung kos produksi. Jumlah penonton untuk sesebuah filem selalu dijadikan penanda aras untuk melihat adakah sebuah filem berjaya melepasi kos produksi dan mencatat keuntungan.
Sepanjang tahun 2023, hanya ada enam buah filem Korea Selatan yang mendapat pendapatan melangkaui jumlah kos produksi mereka.
1. The Roundup: No Way Out
Siri filem The Roundup memang selalu mendapat kejayaan besar setiap kali ditayangkan. Filem ketiga ini pun juga berjaya memberi senyuman kepada semua yang terlibat dalam filem ini. Dengan kos produksi sebanyak 13.5 billion won, filem ini akan berjaya pulang modal jika mendapat 1.8 juta penonton. Angka tersebut berjaya dicapai, bahkan jumlah penonton mencapai 10.6 juta orang.
2. Smugglers
Smugglers merupakan filem arahan Ryu Seung Wan tentang penyeludupan yang dilakukan oleh para haenyeo atau penyelam wanita Korea Selatan. Filem ini berjaya menarik 5.14 juta penonton dan merajai box office selama 2 minggu berturut-turut. Sambutan hangat terhadap Smugglers membuatkan filem ini meraih kejayaan besar.
3. Sleep
Jika dibandingkan dengan filem-filem dalam senarai ini, kos produksi untuk filem Sleep adalah yang paling rendah. Sleep hanya menelan belanja sebanyak 5 billion won. Filem ini sekurang-kurangnya perlu menarik 800 ribu orang penonton untuk pulang modal. Dengan jumlah 1.47 juta penonton, filem terakhir mendiang Lee Sun Kyun ini berjaya mengaut keuntungan.
4. Concrete Utopia
Concrete Utopia merupakan filem korea bertemakan bencana alam yang digarap oleh Uhm Tae Hwa dan dibintangi oleh Lee Byung Hun, Park Bo Young, dan Park Seo Joon. Filem Korea ini menelan belanja produksi yang sangat tinggi iaitu 18.9 billion won. Concrete Utopia berjaya menarik seramai 3.85 juta orang penonton dan berjaya mengaut keuntungan.
5. Love Reset
Filem Love Reset yang dibintangi oleh Kang Ha Neul dan Jung So Min ini mempunyai kos produksi yang tidak jauh berbeza dengan filem Sleep. Kos yang dikeluarkan sekitar 5.7 billion won dan mendapat pulangan modal dengan 1.6 juta penonton. Selama ditayangkan, Love Reset telah melampaui angka tersebut dengan meraih 2.16 juta penonton.
6. 12.12: The Day
Hwang Jung Min cs berhasil mencipta rekod baru dalam perfileman Korea Selatan pada tahun 2023. Filem 12.12: The Day mencabar kedudukan filem The Roundup: No Way Out sebagai filem Korea paling laris pada tahun 2023 dengan meraih lebih dari 11 juta penonton. Jumlah tersebut membawa keuntungan yang sangat besar.
Rupa-rupanya tidak banyak filem Korea Selatan yang berjaya pulang modal. Enam filem Korea yang tersenarai di atas tampil sebagai filem-filem yang berjaya pada tahun 2023 dan berjaya mendapat tangga pertama box office selama tempoh tayangannya.