Home News Hanya Jadi ‘Cleaner’ Rumah Orang, Wanita Ini Berjaya Kumpul Sebanyak RM2.6 Juta...

Hanya Jadi ‘Cleaner’ Rumah Orang, Wanita Ini Berjaya Kumpul Sebanyak RM2.6 Juta Dalam Tempoh Sebulan

0

Wanita yang berusia 23 tahun telah bergelar jutawan, pendapatan sebulan sebanyak RM2.6 juta hanya bekerja sebagai pencuci rumah orang. Wanita ini dikenali sebagai Jennifer Hernandez yang berkongsi kisahnya menerusi aplikasi Tiktok baru-baru ini, cukup inspirasi buat wania lain di luar sana.

Bayangkan, usianya baru sahaja 23 tahun, empunya badan sudah bergelar jutawan dengan hanya menawarkan khidmat membersihkan kediaman.

Hernandez kini memiliki bisnes pembersihan kediaman dan komersial menjadi tular, dikatakan memperoleh sebanyak $600,000 atau kira-kira RM2.6 juta dalam tempoh sebulan.

Screenshot 2023 06 09 122731

Wanita ini memulakan perniagaannya ketika sedang hamil enam bulan, selain mempunyai seorang bayi untuk dijaga.

Sebelum itu juga, beliau bergantunag sepenuhnya dengan kewangan suami. Namun selepas kejayaan tersbeut, suaminya mengambil keputusan berhenti kerja dan membantu Hernandez mengembangkan bisnes berkenaan.

“Sebelum itu, kami terpaksa membawa anak bersama ketika membersihkan kediaman pelanggan sehinggalah kami mampu mendapatkan pengasuh selepas beberapa bulan kemudian”-kata Hernandez

Pendapatan Lumayan, Bayar Pekerja Mahal

Pada setiap hari, Hernandez mengatakan akan membersihkan lima pejabat dengan bayaran AS$250 (RM1,065) setiap satu. Malah, dalam seminggu sahaja beliau berjaya mengumpul pendapatan sebanyak AS$8,759 atau RM37,344.

“Apabila anda mahukan sesuatu, pergi mendapatkannya. Tidak kira apa yang berlaku, pasti ada cara dan jalannya”

Menerusi klip durasi pendek yang dimuat naik oleh akaunnya, Hernandez turut memberi respon pelbagai soalan yang beliau dapat dari netizen dan berkongsi tips perniagaannya yang kian berkembang.

Antaranya, beliau menasihatikan pengikutnya supaya meninjau dan menyertai Homeaglow iaitu aplikasi pembersihkan rumah bertaraf lima bintang.

Perniagaan Hernandez bernama Tropical Cleaning sudah memliki 20 pekerja yang bekerja secara syif selama lapan jam sehari. Dengan rezeki terpijak yang dimiliki, pasangan suami isteri itu memang pemurah.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang