Pada zaman sekarang, bermacam-macam jenis kerja yang boleh dilakukan demi mencari pendapatan. Kadangkala, kerja yang ramai orang tidak pernah terfikir juga boleh menjadi sumber pendapatan seperti kerja yang dilakukan oleh lelaki ini.
Lelaki berusia 31 tahun yang dikenali sebagai Freddie Bekitt memperoleh pendapatan sembilan sekitar 160 (RM903) sehari dengan menjalankan pekerjaan sebagai tukang beratur. Apa yang dilakukannya adalah sesuai untuk pelanggan yang majoritinya terdiri daripada golongan kaya atau berduit dan yang malas menunggu ketika berbelanja dan sebagainya.
Baca lagi: Hidang Kari Kepala Ikan ‘Pakej’ Mata Kail, Respon Pihak Restoran Pula Buat Ramai Tak Puas Hati
Lihat juga video dibawah:
Menurut Freddie yang merupakan penulis fiksyen dari Fulham, dia mampu meraih 20 pound (RM112) sejam dan dia sanggup beratur untuk jangka masa lebih lama agar boleh mendapat lebih banyak upah atau wang.
“Saya sanggup beratur panjang janji ada yang sudi membayar saya untuk melakukan tugas itu. Saya mengiklankan perkhidmatan saya dalam aplikasi Taskrabbit yang menawarkan pelabagai tawaran pekerjaan pelik dan pelanggan tinggal pilih perkhidmatan yang diingini”
“Saya pernah beratur sampai lapan jam untuk beli tiket pertunjukan V&A Christian Dior. Masa sebenar hanyalah tiga jam, tapi pelanggan minta saya mengambil tiket dan tunggu mereka tiba di acara itu. Saya tidak kisah, janji dibayar 20 pound sejam”
Tambah Freddie lagi, kebanyakan darupada pelanggan yang menggunakan khidmatnya adalah merupakan golongan atasan yang malas atau tiada masa untuk beratur dan tidak sabar menunggu, terutamanya sekali bagi mendapatkan tiket atau pass masuk untuk sebarang acara popular yang diadakan.
Freddie juga berharap boleh beratur dengan lebih lama agar pekerjaa itu boleh menjadi sumber pendapatannya sepenuh masa.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Selayang