Home Entertainment Happiness Battle – 7 Sebab Jang Mi Ho Wanita Paling Berani dan...

Happiness Battle – 7 Sebab Jang Mi Ho Wanita Paling Berani dan Tidak Takut Ancaman

0

Drama siri Happiness Battle telah memasuki episod ke-10 minggu ini dan semakin mendebarkan!

Jang Mi Ho (Lee El) dalam drama siri baru iaitu Happiness Battle atau Battle for Happiness digambarkan sebagai seorang wanita berkerjaya yang akhirnya terpaksa berada di kalangan kejiranan wanita-wanita yang mempunyai status sosial yang tinggi, kaya raya dan gemar menampilkan kebahagiaan mereka di media sosial.

Jang Mi Ho terpaksa tinggal dan bergaul dengan kejiranan tersebut kerana saudara tirinya Oh Yu Jin (Park Hyo Joo) telah dibunuh oleh seseorang yang masih menjadi misteri. Kedatangan Jang Mi Ho ke kejiranan wanita-wanita kaya raya tersebut tidak disambut dengan baik dan dia sering mendapat layanan yang tidak menyenangkan.

Namun, Jang Mi Ho tidak gentar dan memutuskan untuk melawan mereka, wanita kuat semangat ini layak dipanggil sebagai wanita yang berani.

Tujuh sebab berikut ini menjadi latar belakang utama Happiness Battle mengapakah Jang Mi Ho layak dipanggil sebagai seorang wanita yang berani, jom sama-sama kita lihat:

8218a1bf 52b1 49cc 9b47 5f720f7c2b9c1. Jang Mi Ho tetap menyiasat dan ingin mengetahui kebenaran disebalik kematian Oh Yu Jin, walaupun dia perlu menghadapi wanita-wanita kaya yang mempunyai kuasa

b58dd9f9 342c 4200 9512 16c40aff30b52. Dia tetap tidak gentar, walaupun pernah diberi ancaman dan diugut supaya tidak melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh Kim Na Young dan Song Jung Ah

f26408da bda7 45fc b4b2 accfc324d5933. Jang Mi Ho tetap mendiami kediaman Oh Yu Jin, walaupun pembunuh sebenarnya boleh kembali memasuki rumah tersebut untuk membunuhnya

Happiness battle 4. Semasa ada seseorang yang mengganggunya mengenai pembunuhan Oh Yu Jin, Jang Mi Ho tanpa rasa takut pergi menemui orang tersebut

d5bfc9ca 2105 43a6 ad3c ce3fb71eecbc5. Sewaktu orang suruhan Song Jung Ah mengeluh dan membuat bising dengan sangat kasar di tempatnya, Jang Mi Ho tetap berusaha untuk melawan dan tidak berdiam diri

1ce3330d ec3d 4cd7 a922 83ec1c6d8af96. Dia juga tidak berdiam diri sahaja sewaktu difitnah melakukan pembunuhan oleh Song Jung Ah. Dia mencari dalang sebenarnya dan membongkarnya

5aa5df26 400c 4a24 b6d8 319be0ca9dcd7. Di sebuah majlis yang sangat penting bagi Song Jung Ah, Jang Mi Ho pun dengan berani membongkar semua perbuatan jahatnya

Sikap berani Jang Mi Ho patut dicontohi oleh para penonton. Dengan keberaniannya, wanita-wanita berstatus tinggi di kejiranan tersebut tidak akan berbuat sesuka hati terhadapnya. Adakah Jang Mi Ho akhirnya mendedahkan fakta tentang pembunuhan Oh Yu Jin?

Baca lagi: Happiness Battle – 9 Cabaran Hidup Jang Mi Ho
Baca juga: Happiness Battle – 9 fakta geng emak-emak yang selalu berlawan