“Happiness Battle” atau “Battle for Happiness” merupakan salah sebuah drama siri yang sememangnya menarik untuk ditonton terutama anda yang minat genre bertemakan “makjang” yang digarap dengan kisah misteri serta pembunuhan.
“Happiness Battle” menampilkan beberapa orang pelakon wanita popular dan ternama Korea Selatan, seperti Lee El, Jin Seo-yeon, Cha Ye-ryun, Park Hyo-joo dan Woo Jung-won sebagai pelakon utamanya.
“Happiness Battle” mengisahkan tentang sekumpulan ibu-ibu sosialit, golongan sosialit di sini bermaksud wanita yang memiliki latar belakang yang kaya dan mungkin adalah golongan bangsawan, yang menonjol dalam masyarakat kelas atasan.
Seorang sosialit biasanya menghabiskan banyak masa menghadiri pelbagai perhimpunan sosial yang bergaya, dan bukannya mempunyai pekerjaan biasa-biasa.
Para wanita yang membawa watak sebagai ibu dalam Kdrama “Happiness Battle” ini saling berlumba-lumba untuk menunjukkan kebahagiaan mereka di sosial media dan kehidupan nyata. Mereka juga sama-sama memasukkan anak-anak mereka ke sebuah sekolah elite.
Para ibu tersebut kelihatannya berkawan baik. Namun, sebenarnya mereka mempunyai rasa tidak puas hati terhadap satu sama lain.
Bagi anda yang yang tertanya-tanya, berikut merupakan sembilan fakta mengenai kumpulan ibu-ibu tersebut!
1. Oh Ji Yun adalah individu yang dilihat paling menonjol di antara geng emak-emak dalam Kdrama ini. Dia kelihatan memiliki kehidupan yang begitu sempurna
2. Oh Ji Yun mempunyai suami idaman ramai dan dua orang anak perempuan yang manis. Dia selalu menampilkan kehidupannya di media sosial demi sebuah penghargaan dan keseronokan
3. Namun, Oh Ji Yun sebenarnya mempunyai rahsia masa lalu yang diketahui oleh Jang Mi Ho. Perkara itu membuatnya tidak puas hati terhadap Jang Mi Ho
4. Selain itu, Kim Na Young, iaitu seorang ibu yang mempunyai seorang anak perempuan, suaminya adalah seorang doktor yang disegani
5. Kim Na Young tinggal dalam lingkungan kejiranan yang sama dengan Oh Yu Jin. Dia selalu merasa sakit hati dan cemburu dengan kehidupan Oh Yu Jin
6. Song Jung Ah, adalah seorang ibu dengan kerjaya yang cemerlang. Dia adalah CEO dan sering menjadi orang tengah, jika masalah muncul di antara kumpulan ibu-ibu ini
7. Mempunyai kerjaya yang bagus tidak juga membuatnya puas hati. Song Jung Ah juga turut cemburu dengan kehidupan Oh Yu Jin yang dilihat begitu sempurna
8. Hwang Ji Ye yang tergolong dalam golongan status sosial paling rendah di kalangan mereka. Walaupun begitu, dia dikurniakan seorang anak perempuan yang sangat berbakat dan pintar
9. Hwang Ji Ye juga tidak berpuas hati dengan Oh Yu Jin kerana anaknya yang berbakat digantikan dengan anak Oh Yu Jin disebabkan oleh permainan kotor dan licin
Kehidupan para ibu dalam ”Happiness Battle” tersebut sungguh tegang dan agak memenatkan dengan segala drama dan konflik. Mereka begitu bangga dengan kehidupan yang mereka dikatakan sempurna dan sangat ingin terlihat paling bahagia di mata semua orang. Namun, sebenarnya banyak masalah yang mereka terpaksa selindungi demi menjaga air muka sendiri.
Rasanya bagaimanakah kehidupan mereka seterusnya? Jom kita saksikan drama ini yang telah tersedia di penstriman Prime Video.
Baca lagi: 11 Fakta “Happiness Battle”, Harus Ditonton Bagi Peminat Genre Thriller Misteri
Baca juga: Kdrama “Happiness Battle” 31 Mei Ini, Misteri Pembunuhan Para Ibu Di Media Sosial