Home Entertainment Happiness Battle – Song Jung Ah Watak Yang Paling Dicurigai

Happiness Battle – Song Jung Ah Watak Yang Paling Dicurigai

0

Kdrama thriller misteri Happiness Battle telah memasuki episod ke-8 pada minggu baharu ini.

Kes pembunuhan Oh Yu Jin (Park Hyo Joo) yang merupakan salah seorang ahli paling berpengaruh kumpulan ibu-ibu dalam drama siri Happiness Battle atau Battle for Happiness, masih kekal misteri dan membuat ramai orang buntu.

IMG 9334Dari beberapa petunjuk yang muncul, ada beberapa orang yang patut dicurigai dan dijadikan suspek pembunuhan tersebut.

Salah seorang yang paling dicurigai adalah Song Jung Ah (Jin Seo-yeon). Wanita ini patut dicurigai kerana dia mempunyai banyak masalah dengan Oh Yu Jin. Selain itu, banyak lagi perkara lain yang membuatnya memang patut disyaki sebagai seorang pembunuh.

b6fac852 6728 4b63 8dcc 3cfad6861a4c

Jom sama-sama kita lihat beberapa ulasan mengapakah Song Jung Ah patut dicurigai dan disyaki sebagai suspek pembunuhan Oh Yu Jin:

f6110b20 1c24 478f a122 ad0c8ef2d3fd1. Dari awal lagi, Song Jung Ah sebenarnya tidak menyukai Oh Yu Jin kerana kehidupan sempurna yang dimiliki oleh wanita tersebut. Sikap cemburu membakar hatinya

e1f876d6 d7be 41aa b662 0e70a52cb237 12. Namun, dia bersikap seolah-olah dia suka berkawan dengan Oh Yu Jin, sepertinya dia tidak ada masalah apa pun dengan Oh Yu Jin

f84e0863 4ba4 4310 98ab 44d9160c39c43. Di hadapan ibu-ibu lain juga, Song Jung Ah juga bersikap baik seakan-akan dirinya adalah seseorang yang paling mesra dan mudah didekati

79cb8513 bc11 4814 b864 5bb364685b4b4. Padahal semua itu dilakukannya kerana dia ada maksud dan tujuan tersembunyi yang ingin dicapainya

1bbac080 ff02 47bc 991d 263132926c175. Ketika masalah timbul di kalangan ibu-ibu yang lain, Song Jung Ah mengambil sikap sangat prihatin dan seolah-olah dia sangat peduli akan masalah semua orang. Namun, sebenarnya dia sangat gembira dan senang hati apabila saingannya menddapat masalah

b21341bc 2537 4a5e a2ae f9719c6e5bb96. Beberapa hari sebelum Oh Yu Jin dibunuh, Song Jung Ah pernah berjumpa dengannya. Kedua-duanya bertegang urat kerana Oh Yu Jin mengetahui kelemahannya

Happiness battle7. Setelah Oh Yu Jin dibunuh, Song Jung Ah pura-pura bersikap begitu ambil berat terhadap keadaan anak-anak yang ditinggalkan wanita tersebut

Mungkinkah Song Jung Ah sebenarnya adalah pesalah sebenar pembunuhan Oh Yu Jin? Atau sebenarnya dia mengetahui fakta tentang pembunuh sebenarnya dan menyembunyikannya? Saksikan kelanjutan kisah Happiness Battle setiap hari Rabu dan Khamis di Prime Video untuk mengetahui jawapannya nanti ya!

Baca lagi: 11 Fakta “Happiness Battle”, Harus Ditonton Bagi Peminat Genre Thriller Misteri
Baca juga: Happiness Battle – 9 fakta geng emak-emak yang selalu berlawan