Harga Ayam Masih Kekal Sejak Oktober 2022. Kerajaan masih mengekalkan harga ayam RM9.40 sekilogram bagi ayam standard dan RM10.40 sekilogram bagi ayam super di Semenanjung Malaysia sejak 12 Oktober tahun lalu.
Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Sara Hidup (KPDN) berkata, jika peniaga menjual ayam standard dan ayam super melebihi dari harga kawalan ditetapkan, ia menjadi satu kesalahan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 .
Beliau juga berkata yang berdasarkan pemantauan pihak penguat kuasa, harga purata ayam standard di semenanjung Malaysia menunjukkan penurunan sebanyak 0.33 peratus.
Menurutnya, harga purata ayam standard di Semenanjung pada 12 Ogos iaitu RM8.73 sekilogram menurun kepada RM8.70 sekilogram pada 26 Ogos.
Baca lagi: 6 Tips Untuk Menjemput Rezeki Yang Berlimpah Ruah
Baca lagi: Lelaki Terkedu Kena Tinggal, Reaksi Tak Sempat Masuk Kereta Pula Buat Ramai Yang Berdekah
Di Sabah dan Sarawak pula katanya, menunjukkan penurunan harga purata iaitu 0.12 peratus di Sabah iaitu dari RM 11.30 sekilogram kepada RM11.29 sekilogram, manakala di Sarawak turun sebanyak 0.47 peratus iaitu dari RM10.28 sekilogram kepada RM10.23 sekilogram bagi tempoh yang sama.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Sara Hidup itu juga berharap, orang ramai menjadi pengguna yang bijak dengan membuat perbandingan harga terlebih dahulu sebelum berbelanja.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.