Running Man secara rasminya telah menjadi rancangan paling lama bersiaran di Korea. Rancangan realiti itu terus menyiarkan episod sejak tayangan pertamanya pada tahun 2010.
Rancangan itu telah mendapat kejayaan domestik dan antarabangsa kerana peminat yang kukuh di dalam dan di luar Korea.
Running Man bermula dengan agak sukar, jalan yang penuh dengan halangan dan cabaran, tetapi rancangan itu masih boleh berjaya dan terkenal kerana chemistry di antara ahli dan penonton yang setia bersama ‘Running Man’ selama sedekad lebih.
Berikut adalah beberapa episod (tanpa tetamu) yang pasti akan membuat anda terhibur!
Seiring Dengan Yang Baru: Jenayah dan Hukuman (Episod 387)
Sejurus selepas gagal membeli makanan semua orang tanpa melebihi bajet, ahli dibawa ke suatu tempat untuk dihukum.
Mereka secara rawak memilih hukuman yang akan mereka jalani yang boleh mencapai hampir 24 jam, tetapi mereka hanya boleh keluar jika mereka memenangi misi, jika mereka berjaya selesaikan hukuman, atau jika mereka menyerahkan tauhu untuk mengurangkan hukuman mereka.
Truth or Dare (Episod 416)
Bermula dengan pasukan produksi bertanya kepada ahli tentang rahsia ahli mereka yang lain, mereka kini berhadapan dengan dilema kerana rahsia ini telah digunakan terhadap mereka dalam permainan Truth or Dare.
Mereka dikurung di dalam bilik besar di mana mereka harus mencari cara dan menemui petunjuk untuk mereka akhirnya melarikan diri. Kerja berpasukan dan chemistry ahli terserlah apabila mereka akhirnya berjaya dalam tugas itu!
Nombor Kes 444 (Episod 444)
Di dalam episod ini, ahli perlu bergerak secara solo, dengan pelekat di badan mereka, kunci, dan jawapan kepada pembukaan lokasi penggambaran mereka.
Apabila mereka semua memasuki satu bilik, mereka berhadapan dengan kematian yang misteri. Mereka perlu mendedahkan misteri tersebut dan juga mencari ‘suspek’.
Mereka mengumpul petunjuk di sepanjang jalan dan, pada masa yang sama, mengikuti segala arahan untuk berjaya.
Istimewa Ulang Tahun ke-10 Tahun (Episod 511)
Ahli telah memilih watak mereka semasa mereka meraikan ulang tahun ke sepuluh tahun mereka. Mereka dibahagikan kepada Running Man dan Thieves (pencuri).
Menggunakan kemahiran peranan yang mereka pilih, ahli Running Man mesti mengenal pasti dan menangkap dua pencuri, manakala pencuri mesti mencuri sebanyak mungkin jongkong emas dari tiga peti keselamatan CEO Big Nose dan memindahkannya ke peti keselamatan pencuri tanpa ditangkap oleh pasukan Running Man.
Selamat Tinggal Bro Kami yang Tidak Dapat Dipisahkan (Episod 559)
Di dalam episod 559 ini, ia merupakan episod terakhir Kwang Soo sebagai ahli Running Man selepas 11 tahun bersama.
Episod bermula dengan konsep di mana Kwang Soo perlu bertaubat daripada dosanya dan perlu mencari jalan untuk mengurangkan hukumannya.
Ahli-ahli diberi misi untuk membantu Kwang Soo untuk mengurangkan hukuman penjara 1,050 tahun sambil memperoleh paling banyak gambar bersamanya untuk menerima hadiah dan mengelakkan penalti.
Twist yang menyentuh hati akhirnya terbongkar menjelang penghujung episod.
Baca lagi: 5 Episod Running Man Terbaik Yang Akan Membuatkan Penonton Tak Kering Gusi
Banyak lagi episod yang best-best dan kelakar dalam Running Man ni. Boleh lah hiburkan hati anda dengan menonton Running Man di Viu
Episod terbaharu akan tersedia di Viu dalam tempoh 24 jam selepas tayangan perdana di Korea.