Home Dari Kisah Benar Harta Pusaka Bernilai RM70 Billion Dibekukan

Harta Pusaka Bernilai RM70 Billion Dibekukan

0

Harta pusaka RM70 bilion dibeku angkara perbalahan keluarga. Perbalahan dalam kalangan ahli keluarga dan jumlah waris ramai antara punca harta pusaka berjumlah RM70 bilion di negara ini masih beku.

Timbalan Setiausaha (Operasi) Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Norzaihan Mohd Zain berkata, punca lain menjadi penyumbang kepada harta pusaka beku seperti ketidakfahaman masyarakat mengenai kaedah dan prosedur pengurusan.

Justeru, katanya, amat penting umat Islam mengetahui kepentingan pengurusan harta berlandaskan syariah yang lebih sistematik.

“MAIS menyediakan perkhidmatan perancangan dan pewarisan harta seperti wasiat, hibah dan harta pusaka.”

“Saya berharap kita dapat menggunakan platform MAIS dalam melaksanakan pengurusan harta bagi mengelakkan masalah berkaitan pertelagahan dan ketidakfahaman dan seterusnya mengharmonikan lagi sesebuah institusi kekeluargaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Seminar Harta Pusaka dan Majlis Perasmian Pelancaran Bulan Faraid Negeri Selangor 2023 Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada Isnin.

Baca juga: Penyokong Pasukan Penang FC dan Kedah FC Bergaduh Di Luar Stadium

Baca juga: Kdrama Moving, 10 Kisah Cinta Kim Doo Shik & Lee Mi Hyun

Norzaihan memberitahu, negeri Selangor telah menjadi peneraju dalam memperkenalkan undang-undang berkaitan harta orang Islam misalnya Enakmen Wakaf Negeri Selangor 1999 yang telah dipinda pada tahun 2015 dan Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999 yang kemudiannya diikuti oleh negeri-negeri lain.

Jelas beliau, setakat ini, lebih 3,000 surat wasiat dan 2,500 dokumen hibah telah dikendalikan MAIS sejak 2006.

Tambahnya, MAIS juga telah mengendalikan lebih 1,500 fail harta pusaka yang terletak hak ke atas Baitulmal sejak tahun 1970 hingga kini.

“Angka ini menunjukkan MAIS komited dalam pengurusan harta umat Islam khususnya di negeri ini,” kata beliau.

Dalam pada itu, katanya, MAIS akan mengadakan bulan faraid di negeri ini selama sebulan bermula 18 Ogos lalu.

“Program ini berlangsung sehingga 15 September depan dan diharapkan lebih ramai lagi masyarakat Islam cakna dan mempunyai ilmu dalam pengurusan harta,” kata beliau.

Lihat klip video di bawah:

@imrantrainerpusakaislam ambik tahu korang bagaimana nak urus Harta Pusaka sekarang Harta beku kat Malaysia dah lebih 70 billion #hartabekuorangislam #hibahhartanah ♬ bunyi asal – imran trainer pusaka islam

Lihat apa kata orang ramai:

@ramly4048: betul …. kebanyakannya semua macam tu, dah xambil kesah bab² gitu ….kan …..

@imran trainer pusaka islam: untuk Pentadbiran pemilikan si mati perlu diuruskan dengan cepat supaya tidak dipersoalkan tenang Harta Dan risau termakan Hak batil

@imran trainer pusaka islam: yer betul Tu Tuan ,tapi duit diorang nak je urus Harta Yang tak nak

@imran trainer pusaka islam: bab gune Harta Pusaka ni pertama dia Kene tahu dahulu bahawa dia waris faraid atau tidak Dan berapa bahagian faraid dia

Sumber: Tiktok, Berita Harian

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.