Home Video “Hati2 Di Musim Kemarau Ni”-.Ular Ditemui Akibat Tak Tutup Floor Trap

“Hati2 Di Musim Kemarau Ni”-.Ular Ditemui Akibat Tak Tutup Floor Trap

0

Ular merupakan haiwan yang sangat berbahaya. Di musim yang tidak menentu ini, para penduduk dinasihatkan untuk supaya lebih berhati-hati terutama bagi mengelakkan daripada datangnya binatang yang tidak diundang seperti ular atau lipan. Banyak kita mendengar binatang-binatang liar ini yang mencari tempat yang sejuk memandangkan di luar ketika ini cuaca sangat panas.

Baru sahaja tular di twitter @jllmisai di mana bomba sedang berusaha mengeluarkan ular sawa dari floor trap di dapur. Ular yang telah dikeluarkan tersebut dilihat agak besar dan panjang.

Baca juga : Penjinak Ular Indonesia Maut Dipatuk King Cobra

Baca juga : 5 Filem Jerung Popular Untuk Ditonton Sebelum “The Black Demon”

Lihat klip rakaman di instagram :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga komen netizen :

@nrhnsharol : sib baik ular sawa, rumah jiran saya kes beberapa tahun lepas tedung selar yang keluar dari situ. puncanya kejar tikus yang keluar ikut lubang floor trap tu jugak. sib baik tuan rumah cepat sedar.

@HazwanAfifi : Musim² panas ni, rumah sape yang ada kolah, sebelum cedok air tu jenguk² lah dulu ya.

@shofabdullah : Ok le tu ular sawa, rumah mak i kat kampung ada king cobra bergaduh dengan ular sawa..ular sawa mati king cobra kena angkat dengan bomba.king cobra tu panjang dekat 12 kak

@Jemah Anak Tok : Srs kg aku, punca tak tutupp floor trap, sekali lipann bapak besar keluar dri lubang

@adzrieyshah01 : dah alang² tersepit tu.. tikam kan aje ular tu..

@AlifAfiq93 : Lately ni memang tak menang tangan BOMBA ambil panggilan untuk tangkap ular ni. Nasib baik ada support dari JPAM.

PERHATIAN: Pihak Daebaking.Co tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking.Co juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Twitter dan Instagram