Alasan dan sebab utama mengapa Seon Woo Hyeol (Ok Taec-yeon) ingin menjadi manusia dalam drama siri HeartBeat adalah supaya dia boleh mencintai Hae Sun (Yoon So Hee) dengan sepenuh hati.
Demi untuk menjadi manusia sebenar, Seon Woo Hyeol rela menanti dan menunggu Hae Sun dilahirkan semula selama ratusan tahun lamanya. Ketika dilahirkan semula, Hae Sun yang bernama Na Hae Won datang ke dalam hidupnya, Seon Woo Hyeol merasa sangat bahagia, hatinya berbunga-bunga.
Namun, setelah mengenal gadis tersebut dengan lebih dekat, dia memutuskan untuk berhenti mengejar Na Hae Won. Mengapa?
Jom sama-sama kita lihat 7 sebab dan alasan Seo Woo Hyeol menolak untuk mencintai Na Hae Won dalam HeartBeat seperti di bawah ini!
1. Walaupun memiliki wajah yang serupa dan saling tidak tumpah, Seon Woo Hyeol mengatakan bahawa Na Hae Won sangat berbeza dengan Hae Sun yang dia kenali selama ini
2. Dia juga akhirnya sedar bahawa dia mencintai seseorang yang memiliki hati seperti Hae Sun, tidak perlu yang wajah yang mirip dengan gadis kesayangannya, hati dan nurani yang murni adalah keutamaan baginya
Baca juga: HEARTBEAT – Ok Taecyeon Manusia Separa Pontianak
3. Dia juga menginginkan seseorang yang membuatnya berdebar dan merasa dicintai, tetapi dia tahu bahawa Na Hae Won bukanlah orangnya selama ini
4. Kerana itu, Seon Woo Hyeol memutuskan untuk menyimpan memorinya dengan Hae Sun sebagai kenangan manis dan berhenti mengejar gadis yang merupakan kelahiran semula Hae Sun
5. Ketika Seon Woo Hyeol merasa hilang arah dan tujuan kerana keputusan tersebut, Joo In Hae datang dan seolah-olah menyelamatkannya
Baca lagi: HeartBeat – 7 Tanda Joo In Hae Mula Menyukai Seon Woo Hyeol
6. Bermula dari situ, dia terus menyedari bahawa satu-satunya gadis yang dia sukai dan membuat jantungnya seperti berdebar adalah Joo In Hae
7. Seon Woo Hyeol juga mengakui bahawa dia merasa aman dan bahagia bersama Joo In Hae. Dia bahkan merasa serba tidak kena jika berada jauh dari gadis itu
Walaupun Seon Woo Hyeol telah memilih Joo In Hae, Na Hae Won tidak menyukai hubungan mereka dan berusaha untuk memisahkan kedua-duanya. Adakah Seon Woo Hyeol dan Joo In Hae akan tetap bersama? Nantikan sambungan kisah mereka di episod akan datang ya!