Home Entertainment HEARTBEAT – Ok Taecyeon Manusia Separa Pontianak

HEARTBEAT – Ok Taecyeon Manusia Separa Pontianak

0

Drama siri terbaharu “HEARTBEAT” dibintangi Ok Taecyeon 2PM bakal tayang perdana pada 26 Jun 2023 (Hari ini!)

Heartbeat merupakan drama siri asal Korea Selatan yang diarahkan oleh Lee Hyun Seok dan Lee Min Soo.

Drama siri “Heartbeat” dengan genre komedi romantik fantasi ini akan tayang di KBS2 dan platform penstriman Prime Video, menggantikan slot drama My Perfect Stranger yang tayang setiap Isnin dan Selasa, selepas jam 10.00 malam sebanyak 16 episod.

Selain dibintangi oleh Ok Taecyeon, ”Heartbeat” ini juga akan dibintangi oleh Won Ji An, Park Kang Hyun, Yoon So Hee, Yoon Byung Hee, dan Ko Kyu Pil.

Heartbeat

“Heartbeat” (juga dikenali sebagai “My Heart Is Beating”) mengisahkan kisah percintaan separa manusia dan separa pontianak Seon Woo Hyul (Taecyeon), yang tidak dapat menjadi manusia sepenuhnya kerana perbezaan satu hari dalam tempoh 100 tahun.

IMG 3019

Demi untuk menjadi manusia sepenuhnya, Seon Woo Hyeol harus menunggu selama 100 tahun. Sebelumnya dia menjalani misi untuk tidur di peti selama berkurun waktu itu. Bukan hanya mengurung diri dalam peti, Seon Woo Hyeol juga harus menjalankan misi lain berupa memakan bawang putih dan makan tumbuhan.

IMG 3017

Namun, usahanya ini telah pun gagal dalam sehari saja setelah menanti lama. Walaupun mengalami kegagalan, Seon Woo Hyeol tetap tidak berputus asa.

IMG 3021

Seon Woo Hyeol kemudian bertemu dan mula jatuh cinta dan hidup bersama dengan Joo In Hae (Won Ji An), seorang wanita yang tidak mempunyai sisi perikemanusiaan kerana berhati dingin.

IMG 3034

Satu insiden telah berlaku menyebabkan Seon Woo Hyeol harus tinggal serumah dengan Joo In Hae, membuat keduanya harus sering berkomunikasi. Dari sinilah hubungan keduanya semakin berkembang menjadi kisah cinta yang manis dan lucu. Sejak bertemu Seon Woo Hyeol, sikap Joo In Hae juga mula berubah menjadi seorang wanita yang lebih lembut.

IMG 3020

Watak lain, Park Kang Hyun menggambarkan Shin Do Shik, seorang ahli perniagaan yang mencapai kejayaan besar melalui perniagaan hartanah. Shin Do Shik digambarkan menyukai Joo In Hae.

IMG 3024

Yoon So Hee memegang watak berganda sebagai Na Hae Won, seorang pelabur hartanah moden daripada keluarga kaya, dan Yoon Hae Sun, yang merupakan cinta pertama Seon Woo Hyul dari era Dinasti Joseon.

IMG 3033

Dalam poster kumpulan yang baru dikeluarkan, kelihatan Seon Woo Hyul dan Joo In Hae yang melihat terus ke lensa kamera, Shin Do Sik dan Na Hae Won masing-masing memandang Joo In Hae dan Seon Woo Hyul, menimbulkan rasa ingin tahu bagaimana kisah hubungan antara mereka berempat nanti.

Jangan lupa temujanji ada bersama Ok Taecyeon dalam “Heartbeat”!

Baca lagi: 12 Kdrama Baharu Menarik Jun Ini
Baca juga: 9 Kdrama dan Filem Korea Bakal Tayang Julai Ini