Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Hellbound Musim 3 Bakal Dihasilkan? Masih Banyak Persoalan Belum Terjawab

Hellbound Musim 3 Bakal Dihasilkan? Masih Banyak Persoalan Belum Terjawab

0

Sama seperti musim pertama, drama Korea popular Hellbound 2 (2024) kembali meninggalkan pelbagai tanda tanya dan persoalan.

Selepas menonton 6 episod Hellbound 2, para penonton masih tertanya-tanya tentang potensi untuk musim ke 3 drama Korea ini.

Namun, sebenarnya versi webtoon untuk cerita ini hanya sampai musim ke-2 sahaja. Mari sama-sama kita lihat kemungkinan musim ke-3 untuk Hellbound melalui ulasan di bawah ini.

 

1. Rangkuman episod akhir Hellbound 2

Hellbound 3

Berbeza dengan musim pertama, Park Jung Ja (Kim Shin Rok) akhirnya berjaya berkumpul bersama anak-anaknya di Hellbound 2 (2024). Selepas membantu Park Jung Ja kabur, Min Hey jin (Kim Hyun Joo) memutuskan untuk pergi bersama Bae Jae Hyeon (Oh Eun Seo).

Nasib Jung Jin Su (Kim Sung Cheol) yang tiba-tiba berubah menjadi pencetus segala tanda tanya bagi para penonton. Menjelang episod akhir, banyak watak yang tiba-tiba mendapat arahan dari eksekutor dan dihubungkan dengan kiamat.

 

2. Webtoon Hellbound cuma mempunyai dua musim sahaja

Hellbound

Drama Korea ini adalah diadaptasi dari webtoon berjudul Hellbound (2019) karya Choi Kyu Seok dan Yeon Sang Ho. Webtoon ini memiliki dua musim yang sudah tamat. Anda boleh membaca semua episod bagi wrbtoon ini di laman maya webtoon.

Sebenarnya adegan terakhir untuk Hellbound 2 episod 6 dan webtoon Hellbound musim 2 episod terakhir adalah sama iaitu adegan Bae Jae Hyeon bayi yang bangkit dari demonstrasi. Sementara itu, belum ada sambungan berkenaan webtoon ini.

 

3. Belum ada pengesahan rasmi, tapi banyak perkara yang belum terjawab

d3f164e6 b709 4a41 8cde ac32508c1217

Sehingga kini, belum ada pengesahan tentang Hellbound musim ke 3. Sementara itu, memang ramai penonton yang bertanya tentang potensi adanya musim seterusnya.

Semuanya kerana episod akhir Hellbound 2 (2024) meninggalkan banyak persoalan. Bermula dari kebenaran tentanf Jung Jin Su menjadi eksekutor dan adakah kiamat yang diramalkan oleh Park Jung Ja benar-benar akan terjadi? Bagaimana pula dengan Sodo, Kebenaran Baru, dan Arrowhead? Serta apakah kelebihan yang dimiliki oleh Bae Jae Hyeon?

Kita tunggu berita selanjutnya dari pihak produksi ya.

Baca lagi: Kdrama Sageuk Terbaru “The Tale of Lady Ok” Tentang Pakar Undang-Undang Zaman Joseon
Baca juga: Siri Seram Korea Hellbound 2 Dijangka Menjadi Sekuel Netflix yang Lebih Mendebarkan