Baru- baru ini peminat BLACKPINK lega, akhirnya boleh melihat kumpulan kesayangan mereka berkumpul semula.
Setelah hampir setahun setengah BLACKPINK tidak mempunyai sebarang aktiviti secara berkumpulan, Jennie, Jisoo, Rose dan Lisa akhirnya membuat ‘live’ bersama- sama.
Sejak tahun lepas, ahli kumpulan BLACKPINK telah bekerja keras untuk mempromosikan diri mereka secara solo.
Jennie sibuk dengan aktiviti model dan menjadi duta kepada banyak produk. Manakala Lisa dan Rose sibuk dengan debut solo mereka. Jisoo pula, telah berjaya membuat debutnya sebagai seorang pelakon.
Walaupun setiap ahli BLACKPINK aktif di dunia hiburan, ramai BLINK (peminat blackpink) menyuarakan rasa kecewa mereka terhadap BLACKPINK.
Ini kerana, Blink mahukan aktiviti mereka secara berkumpulan. Comeback terakhir BLACKPINK adalah dengan “The Album” pada tahun Oktober 2020 dan sehingga kini masih tiada sebarang berita dari YG Entertainment.
BLACKPINK akhirnya berkumpul semula di dalam V Live yang pada awalnya hanya Jisoo dan Lisa. Kemudian, Rose dan Jennie juga turut sertai mereka. Perkara itu mengejutkan Blink.
Peminat sangat teruja dan emosional apabila melihat keempat- empat mereka di dalam satu skrin.
Di dalam live tersebut, mereka kelihatan gembira sambil bersembang dan bermain dengan peminat. Mereka juga membuat beberapa ‘pose’ untuk peminat ‘screenshot’.
Peminat Blackpink sudah tidak sabar menanti berita gembira dari YG Entertainment. Semoga ada berita gembira untuk BLINK!