Ipoh terkenal dengan gelarannya sebagai ‘Darul Hipster’ kerana terdapat banyak tempat makan menarik dan kafe hipster.
Di ibu negeri Perak ini, terdapat satu tempat yang dikatakan ‘hidden gem’ iaitu Hippi Garden Cafe. Suasananya sempoi seperti di tepi pantai tetapi di dalam taman.
Dimiliki oleh Mazwira Malik, dan isterinya bernama Keiko Iwade yang berasal dari Jepun, restoran ini menyediakan makanan Jepun dan Barat, masakan tempatan pun ada.
Air minuman yang menjadi signature di situ adalah air limau spesial dan coffee cube milk. Manakala set hidangan Jepun yang menarik untuk dicuba pula adalah bento karaage, katsu, teriyaki dan omurice.
Berikut perkongsian vlog daripada Studio Bawah Tanah yang sudah sampai ke sana:
Maklumat lain termasuk lokasinya seperti berikut:
Hippi Garden Cafe
Alamat: 352 Jalan Taman Meru 4, Taman Meru, Jelapang, 30020, Ipoh, Perak, Malaysia
Status: Halal
Waktu Operasi: 9 pagi- 5 petang (Ahad-Khamis), 12.00 tengah hari- 5 petang (Sabtu) Cuti (Jumaat)
Foto: Hippi Garden Cafe (FB)