Home Kdrama/Kmovie Movie Humint, Filem Spy Terbaru Gandingan Jo In Sung dan Shin Se Kyung

Humint, Filem Spy Terbaru Gandingan Jo In Sung dan Shin Se Kyung

0

Walau sedang sibuk dan tidak menang tangan mempromosikan filem I, the Executioner, pengarah terkenal Ryoo Seung Wan dalam diam juga sedang sibuk mempersiapkan karya filem terbarunya yang berjudul Humint.

Menariknya, filem dengan genre pengintip rahsia ini akan merupakan pentas kerjasama semula antara Ryoo Seung Wan dengan pelakon terkenal Jo In Sung selepas kejayaan filem Smugglers pada tahun 2023 yang lalu.

Mari sama-sama kita lihat beberapa perkara menarik seperti sinopsis ringkas filem Humint dan bilakah tarikh tayangnya di pawagam.

 

1. Sinopsis filem Humint

5f54d736 ad9e 4304 b22f 57ce60019377

Humint merupakan filem ejen pengintip aksi terbaru garapan pengarah Ryoo Seung Wan. Filem ini akan menyoroti kisah ejen rahsia dari Korea Utara dan Korea Selatan dengan cerita yang berkisar pada penyiasatan jenayah di sempadan Vladivostok (kota di Rusia yang terletak berdekatan Korea Utara dan Selatan) dan kesan yang disebabkan oleh semua itu.


2. Senarai pelakon filem Humint

IMG 3750

Pada awalnya, filem ini telah telah mengesahkan penglibatan pelakon-pelakon bertaraf bintang pada bulan Jun 2024 yang lalu. Para pelakon yang terlibat adalah Jo In Sung, Park Jung Min, Park Hae Joon, dan Nana.

Namun, oleh kerana masalah jadual, Nana terpaksa mengundurkan diri. Hingga pada 23 September 2024, pigak agensi Shin Se Kyung iaitu The Present Company, mengesahkan bahawa artis mereka itu akan mengambil alih peranan Nana.

“Shin Se Kyung telah disahkan akan membintangi ‘Humint,’ di mana dia akan membawa watak sebagai Chae Sun Hwa, seorang pekerja di restoran Korea Utara,” begitu pengumuman dari pihak agensi dipetik dari Soompi.

Dalam filem ini, Jo In Sung akan membawa watak sebagai Ketua Jo dari Badan Perisikan Nasional Korea Selatan. Park Jung Min sebagai Park Geon, Ketua Jabatan Keselamatan Negara Korea Utara dan Park Hae Joon membawa watak sebagai Hwang Chi Seong, Konsulat Jeneral Korea Utara di Vladivostok.

 

3. Tarikh tayangan filem Humint

Humint

Bagi para peminat yang sudah tidak sabar-sabar dan menantikan filem ini, anda perlu sedikit bersabar kerana filem Humint baru sahaja memulakan proses produksi dan filem ini dirancang akan ditayangkan pada tahun 2025 akan datang.

Baca lagi: 8 Drama Korea Underrated Tentang Persaingan Perniagaan, Plot Unik dan Menarik
Baca juga: 6 Drama dan Filem Korea Ini Ceritakan Tentang Jenayah Terhadap Wanita di Korea Selatan

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here