Daebak Hun Haqeem dan Daiyan Trisha!
Siapa antara anda yang pernah menonton drama Korea W: Two Worlds yang ditayangkan pada tahun 2016, dibintangi Lee Jong-suk dan Han Hyo-joo?
Kali ini penonton bakal dapat menyaksikan drama ini diadaptasi dalam versi Malaysia, bersama gandingan mantap oleh Hun Haqeem, Daiyan Trisha, Mierul Aiman, Elizabeth Tan dan Faizal Hussein.
Siri ini diarahkan oleh Datuk Yusry Abdul Halim yang juga pernah mengarah Viu Original “She Was Pretty Malaysia”.
Drama siri W: Two Worlds merupakan sebuah melodrama romantik fantasi dan misteri yang merentasi dimensi berbeza ruang antara realiti dan dunia komik.
Hun Haqeem membawa watak Aliff iaitu seorang lelaki yang sangat kaya dan hanya wujud di dalam komik W. Daiyan Trisha pula menghidupkan watak Izara iaitu seorang pakar perubatan yang hidup dalam dunia realiti.
Sinopsis “W: Two Worlds”
Siri ini mengisahkan Izara Yusof (Daiyan Trisha) seorang doktor yang mencari bapanya, pencipta siri komik popular, W, yang hilang secara misteri. Pencarian ini membawa Izara ke dunia komik, di mana dia menyelamatkan nyawa Aliff (Hun Haqeem) watak utama dalam dunia komik ciptaan ayahnya.
Disebabkan itu, watak Izara tiba-tiba muncul dalam siri komik tersebut. Tanpa menyedari tindakannya membawa padah, Izara mendapati dirinya terjerat dalam dunia komik. Izara harus berdepan dengan bahaya dan terjerat antara dunia fantasi dan memiliki kehidupan tersendiri dengan realiti berbeza.
Watak Pelakon
- Daiyan Trisha sebagai Izara Omar
- Hun Haqeem sebagai Aliff Hadi
- Elizabeth Tan sebagai Hanna
- Mierul Aiman sebagai Ghazi
- Faizal Hussein sebagai Omar Yusuf
- Tony Eusoff sebagai Musa
- Shah Kimin sebagai Rafi
- Amerul Affendi sebagai Shawn
- Azrul Zaidi sebagai Dr. Zul
- Ikhram Juhari sebagai Detektif Ali
Jom kita lihat trailernya dibawah!
Siri ini menjanjikan plot yang menarik dan pelakon yang berbakat. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan siri ini!
Bagi korang yang ingin menonton drama ini, boleh strim melalui aplikasi Viu ya! Dua episod pertama W: Two Worlds telah tersedia di Viu dan korang boleh menonton secara percuma!