Home Artis Korea Hwang Bo Ra Umum Kehamilan, Hamil di Usia 40an

Hwang Bo Ra Umum Kehamilan, Hamil di Usia 40an

0

Berita gembira diterima dari bintang drama What’s Wrong with Secretary Kim, Hwang Bo Ra.

News1 melaporkan bahawa Hwang Bo Ra kini sedang hamil anak pertamanya selepas mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu.

Pasti sahaja, khabar bahagia itu disambut dengan penuh kegembiraan oleh para peminat setianya. Tambahan pula, pelakon kelahiran Busan ini pernah mengutarakan kebimbangan jika dia tidak dapat hamil.

Untuk mengetahui lebih jauh, berikut adalah laporan selengkapnya tentang kehamilan pelakon terkenal, Hwang Bo-ra.

 

1. Hwang Bo Ra sedang hamil anak pertama

84816e6f 0030 4024 950a 01151a91b3c9Pada 19 November 2023, News1 melaporkan bahawa Hwang Bo-ra sedang hamil anak pertamanya dan kandungan telah memasuki trimester kedua. Berita kehamilan pelakon wanita ini datang setahun selepas artis ini berkahwin pada November 2022.

Hwang Bo-ra mendirikan rumah tangga dengan seorang CEO syarikat hiburan yang ternyata juga merupakan saudara kepada pelakon ternama Korea Selatan iaitu Ha Jung Woo. Pasangan ini telah menyulam hubungan cinta selama 10 tahun sebelum rasmi berkahwin.

 

2. Hwang Bo Ra pernah merasa bimbang tidak boleh hamil

4e0a451d 652a 41ac 9e67 d98988cc58dfBerita kehamilan Hwang Bo-ra ini memang disambut gembira oleh para peminat. Sebab utama adalah kerana Hwang Bo-ra sebelum ini pernah merasa bimbamg tidak dapat hamil kerana ketika dia berjumpa doktor sebelum berkahwin, hasil pemeriksaannya tidak terlalu bagus.

“Kerana saya berusia 40 tahun, saya mengunjungi doktor dengan harapan untuk hamil, hasilnya tidak terlalu bagus. Para doktor mencadangkan untuk saya menerima rawatan eksperimental atau pembedahan, saya perlu berkahwin secara sah,” kata Hwang Bo-ra sebelum berkahwin.

 

3. Hwang Bo Ra mengumumkan berita kehamilannya

Hwang Bo RaHwang Bo Ra telah mengumumkan berita kehamilannya tersebut dalam sebuah video yang dikongsi di YouTube. Dalam video itu, pelakon yang kini berusia 40 tahun tersebut tidak dapat menyembunyikan kebahagiaannya. Dia juga menulis luahan yang manis dan membahagiakan di laman Instagram peribadinya.
“Ini pertama kali saya merasa cinta yang membuatkan saya ingin memberikan segala-galanya yang saya miliki,” katanya.

Selepas penantian selama setahun, Hwang Bo Ra akhirnya akan menjadi seorang ibu. Pelakon wanita itu juga dibanjiri ucapan tahniah dan doa dari para peminat dan juga rakan-rakan artisnya. Selamat berbahagia diucapkan untuk Hwang Bo Ra dan suami!

Baca lagi: Strong Girl Bong Soon dan Nam Soon Bakal Ada Musim ke-3?
Baca juga: Brave Citizen, Shin Hye Sun Bertarung dengan Lee Jun Young, Pembuli Kejam dan Gila