Pada 22 Februari, HYBE mengumumkan bahawa jualan tahunannya tahun lepas ialah 1.25 trilion KRW (~RM 4,389,720,515.00), peningkatan sebanyak 58.0% berbanding tahun 2020.
Keuntungan operasi meningkat sebanyak 30.8% menjadikan 190.3 bilion KRW (~RM 668,274,245.81), dan keuntungan bersih meningkat sebanyak 62% iaitu 141 bilion KRW (~RM 495,148,022.38) berbanding tahun sebelumnya.
HYBE ialah agensi muzik pertama di Korea Selatan yang mecapai lebih 1 Trilion KRW dalam jualan tahunan.
Baca lagi: Jungkook BTS Dapat Gelaran “Raja Sold Out”, Ini Sebabnya.
Tahun lalu BTS telah menjual 7.4 juta album, manakala Seventeen dan ENHYPEN (kumpulan di bawah agensi yang sama) turut menjual 3.7 juta dan 2.2 juta album.
Masing-masing mencatatkan kenaikan sebanyak 18.0% berbanding tahun sebelumnya. Oleh itu, jualan album meningkat kepada 378.5 bilion KRW (~RM 1,329,173,946.61).
Tambahan pula, penyanyi seperti Ariana Grande dan Justin Bieber milik Ithaca Holdings, yang diperoleh HYBE tahun lalu, turut menjual berjuta-juta album.
Ariana Grande telah menjual 2.4 juta album dan Justin Bieber pula menjual 2.35 juta Salinan album.
Selain itu, syarikat itu memperoleh 707 bilion KRW (~RM 2,483,430,447.88) daripada iklan dan yuran untuk penampilan artis, dengan jualan ‘content’ sebanyak 365.9 bilion KRW (~RM 1,285,271,854.14), semuanya telah meningkat lebih 100% daripada tahun sebelumnya.
Hasil prestasi juga mencatatkan sebanyak 49.7 bilion KRW (~RM 174,552,864.48), meningkat kira-kira sepuluh kali ganda daripada tahun sebelumnya, hasil kejayaan konsert Los Angeles BTS di AS pada suku keempat tahun lalu.
Sumber: allkpop