Apabila menjadi selebriti, ada kalanya kehidupan peribadi dengan profesional itu seolah-olah tiada sempadan.
Perhubungan yang terhalang di kalangan artis K-Pop dek tuntutan kerja dan agensi yang menaungi mereka bukan lagi rahsia umum.
Demikianlah juga yang menimpa Hyeme, bekas anggota Rania dan Black Swan Hyeme apabila isunya dia telah berkahwin senyap-senyap semasa diangkat sebagai bintang K-Pop dan kini sedang dalam proses perceraian.
Pada 17 Ogos, SBS via Soompi melaporkan bahawa seorang lelaki berusia tiga puluhan (disebut sebagai “B”) telah menceraikan Hyeme di kota Uijeongbu pada awal bulan ini.
Menurut laporan itu, Hyeme telah berkahwin secara sah dengan B pada Jun 2020, sebelum debut rasmi Black Swan pada bulan Oktober tahun itu.
Yoon Deung Ryong, pengasas dan CEO DR Music, memberi komen, “Kontrak eksklusif kami dengan Hyeme telah tamat, dan sekarang kami tidak dapat menghubungi dia.”
“Kami baru dengar mengenai perkahwinan dan perceraian Hyeme. Sekiranya kami tahu tentang ini, dia tidak akan diterima sebagai ahli Black Swan. Dari sudut pandang agensi, sebenarnya kami boleh menuntut ganti rugi daripada Hyeme.” ujarnya lagi.
Setelah memulakan debut sebagai ahli Rania pada tahun 2015, Hyeme kembali ke arena K-Pop dengan debut sebagai anggota Black Swan pada bulan Oktober 2020.
Akhirnya agensi itu juga mengumumkan bahawa Hyeme telah meninggalkan kumpulan itu setelah kontraknya tamat.
Dalam satu pernyataan peribadi, Hyeme memutuskan untuk mengundurkan diri daripada industri hiburan setelah kontraknya tamat dan menyokong rakan-rakannya dari jauh.
Sumber: Soompi