Home Artis Korea Hyeri Disahkan Bakal Muncul dalam Kdrama Misteri Thriller Terbaru

Hyeri Disahkan Bakal Muncul dalam Kdrama Misteri Thriller Terbaru

0

Anggota kumpulan Girl’s Day yang sememangnya popular iaitu Lee Hyeri nampaknya sudah bersedia untuk membuat kemunculan semula dalam drama Korea terbaru dan bakal memeriahkan skrin tontonan anda!

Lee Hyeri telah disahkan bakal menerajui Kdrama baru iaitu Friendly Rivalry (Friendly Competition). Selepas berehat dan menyepikan diri selama tiga tahun dari dunia lakonan, pelakon Korea Selatan itu akan kembali ke kancah Kdrama.

HyeriPelakon ini kali terakhir muncul dalam drama 2022, May I Help You. Dia terkenal dengan peranannya dalam My Roommate is Gumiho, Moonshine, Reply 1988, dan Hyde, Jekyll, Me.

Tahun ini, Hyeri muncul dalam filem Korea bertajuk Victory yang ditayangkan pada 12 Julai 2024 baru-baru ini. Filem tersebut adalah kisah persahabatan remaja antara dua rakan yang ingin memulakan pasukan sorak mereka sendiri.

Selepas laporan-laporan dan berita yang dikeluarkan sebelum ini menceritakan bahawa Hyeri sedang dalam proses perbincangan untuk projek drama Korea terbaru akan datang iaitu “Friendly Rivalry” (tajuk literal), sebuah saluran berita Korea mengesahkan pada 17 Julai 2024 lalu bahawa Hyeri akan mengambil watak utama dalam siri ini.

e9eddf98 e0bc 462d adc1 4d9f298fad53 1Drama Korea ini adalah berdasarkan sebuah webtoon terkenal yang ditulis oleh penulis Song Chae Yoon, “Friendly Rivalry” ialah drama thriller misteri yang mengikuti kisah persaingan berdarah antara Yoo Jae Yi, seorang pelajar sekolah menengah yang kelihatan sempurna dan cukup segalanya, dan Woo Seul Gi, seorang pelajar yang baru berpindah yang sangat naif, yang akhirnya menjadi kawan baik. Mereka berdua kemudian secara beransur-ansur mendedahkan kegilaan, keterujaan dan keinginan mereka untuk menjadi yang paling terbaik di sekolah.

Hyeri akan membawakan watak sebagai Yoo Jae Yi, seorang anak yang lahir daripada keluarga baik-baik yang mempunyai rupa paras menawan dan IQ yang tinggi, yang menonjol dari segi akademik walaupun di sekolahnya terdapat sangat ramai pelajar pintar dan persaingan adalah sangat sengit. Menyedari tentang kelebihannya, Yoo Jae Yi juga mahir dalam memanipulasi situasi.

Walau bagaimanapun, hidupnya berubah apabila dia mula berminat dengan pelajar baru berpindah iaitu Woo Seul Gi, kemudian semua ini membawa kepada dinamik hubungan yang tidak menentu di mana garis antara persahabatan dan obsesi menjadi semakin kabur.

Barisan pelakon dan tarikh tayangan rasmi masih belum diumumkan lagi. “Friendly Rivalry” dijadualkan akan ditayangkan pada tahun 2025 akan datang. Nantikan lebih banyak kemas kini dan maklumat tentang “Friendly Rivalry” ya!

Baca lagi: Peminat Hyeri? Ini 10 Pilihan Kdrama dan Filem Lakonannya
Baca juga: 9 Drama Korea Thriller Jenayah, Kisah Pembunuhan Kejam