10 Gambar Hyerim Bekas Anggota Wonder Girls Meraikan Ulang Tahun Pertama Anaknya
Hyerim seisi keluarga kelihatan sangat menawan mengenakan konsep pakaian tradisional. Jarang sekali bintang idol dan selebriti Korea Selatan mahu berkongsi mengenai kehidupan peribadi mereka.
Ternyata bekas anggota kumpulan Wonder Girls iaitu Hyerim mahu berkongsi saat bahagia bersama para peminat. Bekas anggota kumpulan Wonder Girls ini berkongsi detik manis saat dirinya dan suami yang mengadakan majlis ulang tahun pertama anak lelaki mereka.
Memang tepat pilihan Hyerim dan suaminya yang mahu mengenakan konsep pakaian tradisional yang menawan untuk meraikan momen indah ini. Pasti sudah ramai tertanya-tanya bagaimana Hyerim meraikan hari ulang tahun pertama anaknya itu. Jom kita lihat bersama-sama!
1. Baru-baru ini laman Instagram peribadi @wg_lim, yang dimiliki oleh Hyerim menjadi tumpuan ramai apabila bintang itu dilihat memuat naik gambar-gambar kenangan manis sambutan hari lahir pertama anaknya bersama dengan anggota keluarga yang lain.
2. Hyerim berkongsi momen manis saat dirinya dan suami meraikan ulang tahun pertama anak lelaki mereka, Shin Siwoo.
3. Seperti diketahui Hyerim secara rasmi mendirikan rumah tangga dengan seorang atlet taekwondo yang bernama Shin Min Chul pada pertengahan tahun 2020.
4. Hyerim dan suaminya dianugerahkan seorang anak lelaki bernama Shin Siwoo yang lahir pada hari Rabu (23 Februari 2022). Anak kesayangan mereka itu adalah lambang sejati cinta mereka.
5. Pada awal tahun ini, anak comel itu menjengah usia 1 tahun dan Hyerim beserta suaminya mengadakan sambutan ulang tahun dengan konsep tradisional yang sangat unik.
6. Pada hari sambutan ulang tahun pertamanya ini, si comel Si Woo tampil kemas dalam pakaian tradisional khas Korea Selatan.
7. Tidak hanya si anak yang bergaya dalam pakaian tradisional Korea Selatan, Hyerim dan suaminya juga turut sama memakai baju tradisional Korea Selatan yang dipanggil hanbok.
8. Bagi meraikan majlis ulang tahun pertama anak lelaki mereka ini, Hyerim juga mengajak keluarga besarnya untuk melakukan sesi bergambar bersama-sama.
9. Hyerim sangat bergaya dan menunjukkan pesonanya dalam balutan hanbok dan menggayakan pakaiannya seperti seorang puteri raja.
10. Nuansa tradisional yang dipamerkan dalam sesi bergambara keluarga Hyerim ini berhasil memberikan kesan yang unik dan penuh makna buat mereka sekeluarga.
Comel bukan anak sulong kepada Hyerim ini? Moga membesar dengan sihat dan dipenuhi dengan kasih sayang.