Home Video Hyper Sangat Sampai Televisyen Rosak, Sekali Tindakan Pemilik Kedai Pula Buat Ramai...

Hyper Sangat Sampai Televisyen Rosak, Sekali Tindakan Pemilik Kedai Pula Buat Ramai Yang Tak Sangka

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok endlessgaminghub, dan telah ditular baru-baru ini.

Dalam video klip ini menunjukkan sebuah kedai pemainan video yang boleh membayar sewa mengikut masa yang telah ditetapkan seperti ‘Cyber Cafe’. Menerusi CCTV ini, terlihat tiga orang kanak-kanak sedang bermain permainan video. Namun reaksi salah seorang kanak-kanak itu yang terlalu ‘hyper’, telah merosakkan televisyen tersebut.

Video klip ini juga ditular serta mendapat perhatian warganet mengenai reaksi kanak-kanak itu.

Screenshot 2023 06 25 153412

Setelah berlakunya situasi ini, pemilik video klip ini mengatakan beliau terpaksa halau kanak-kanak tersebut kerana sudah merosakkan harta benda kedai dan tidak meminta ganti rugi.

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan kes seperti ini perlulah diselesaikan dengan secara baik untuk membaik pulih televisyen tersebut ataupun meminta ganti rugi. Ada juga yang menjadikan ia sebagai bahan lawak diruangan komen, yang mengatakan tak senang duduk apabila melihat reaksi kanak-kanak itu terlalu lasak hingga merosakkan televisyen pemilik kedai.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 1.1M penonton, 45K sukaan dan 1694 komen.

Lihat klip durasi pendek reaksi kanak-kanak ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @daebakingcosmetics

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Pajbahrin: Dah buat salah, buat sakit sakit pulak

@Epiz Hafizul: Ganti je la.. klu x tahan dia smpai fmly mai.. sttel elok2

@CaramelMacchiato: jiwa ibu singa di dalam diri saya meruap-ruap sejak mereka tak duduk diam elok² dari awal

@Min: aku yang X baran ni pon, tiba-tiba rasa baran eak

@Marc Alif: buat2 sakit ni modal lama dh..tp still relevan smpai skrang

@chun: mintak dia bayar ganti rugi, dia xpt bayar, mintak dgn mak bapak

@xRendang Ayam: snap gambar bubuh depan pintu…. mcm cc tempat aku dulu2 hahhaa…

@hayden_luqman: jadikan dia penjaga pintu kedai..biasa y buas2 ltk dpan pntu org tak msuk curik

@daniascarves: ai aku pantang btl klo bdk2 camni. nk bergurau gi tengah padang.

@picking a name: biasa buka studio ps4 cmni, kalau budak2 yg hyper gini la, mmg kena perhati ja atau duk sebelah jgn biar diorg over sgt

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram