Home Entertainment Hyun Bin Mendedahkan Kebahagiaan Berkeluarga Buat Pertama Kali

Hyun Bin Mendedahkan Kebahagiaan Berkeluarga Buat Pertama Kali

0

Dalam wawancara terbaru, Hyun Bin menyatakan bahawa hidupnya sekarang sudah berbeza dan jauh berubah. Kini, suasana pulang ke rumah selepas habis bekerja adalah saat baru dan indah baginya.

Pelakon kacak dan berbakat besar itu secara rasmi telah bergelar seorang bapa pada tahun lepas setelah isterinya yang juga pelakon popular dari Korea Selatan iaitu Son Ye-jin melahirkan anak pertama mereka.

26B53085 B73F 460D 8637 89A5E5148A7F

Bintang siri drama popular Crash Landing On You ini membuka cerita tentang hidup berumah tangganya setelah mengahwini Son Ye-jin dan kini dikurniakan seorang anak lelaki yang comel. Mereka berdua menyambut kelahiran bayi lelaki yang diberi nama Alkong dengan penuh rasa syukur dan bahagia.

Hyun Bin sekarang sangat sibuk dengan kerja-kerja mempromosikan dua projek barunya yang bakal ditayangkan tidak lama lagi iaitu The Point Men dan juga Confidential Assignment 2: International.

Sewaktu sedang mempromosikan projek ini, dia mendedahkan perkara-perkara yang telah mengubah hidupnya hanya dalam masa setahun sahaja. Ini adalah pertama kali pelakon ini berkongsi tentang kehidupan peribadinya kepada pihak media dan para peminat.

Melalui wawancara bersama Dazed Korea, Hyun Bin bercerita mengenai kebahagiaan dalam hidupnya dan dipetik berkata,

Dengan perubahan baru ini (mempunyai isteri dan anak), pastinya segalanya terus menjadi lain dan berubah serta merta dalam hidup saya. Saya mula melihat perkara yang tidak pernah saya lihat sebelum ini dan juga mendengar perkara yang tidak pernah didengar sebelumnya. Saya lebih ceria dan bahagia dengan kehidupan sekarang, saya lebih berhati-hati. Saya paling gembira apabila pulang ke rumah selepas penat bekerja, terasa segalanya telah lengkap. Perasaan ini sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.”

Pada tahun lepas (2022), Son Ye-jin telah memuat naik gambar anak mereka di laman sosial miliknya. Pelakon itu turut berkongsi gambar kaki comel anaknya dengan caption,

3DDE1BA5 026B 4B3E A628 1F0EE30C9770

“Selamat menyambut Hari Natal! Saya harap semua orang baik-baik sahaja. Kita sudah sampai ke penghujung tahun 2022. Terima kasih atas sokongan anda semua dan saya sekarang sangat bahagia. Tahun ini cukup bermakna buat saya… seperti yang semua orang tahu, saya dan suami saya telah menyambut kehadiran orang baru dalam hidup kami. Saya akhirnya sedar bahawa untuk membawa kehidupan kecil ini dalam hidup kami, kami memerlukan cinta, kasih sayang dan banyak pertolongan. Saya ingin mengucapkan penghargaan saya buat semua yang telah membantu saya.

Hyun Bin dan Son Ye-jin telah melangsungkan perkahwinan pada 31 Mac 2022 dalam sebuah majlis tertutup untuk ahli keluarga dan sahabat terdekat sahaja. Pada hari yang sama, selepas selesai upacara perkahwinan, pasangan dua sejoli ini telah berlepas ke Los Angeles, California untuk berbulan madu.

AD7A670D CA8E 4F91 BDE3 ED1126B5D99FBaca Lagi: Terkini!!- Ryan Reynolds Dan Blake Lively Sambut Kelahiran Anak Ke-4

Baca Juga: Diane Keaton Tidak Pernah Berkahwin, Kini Mula Terbuka Hati