Sekiranya Jepun ada Honda, Korea turut ada kereta berlambang H yang terkenal iaitu Hyundai. Syarikat kereta ini turut bangunkan taman tema Hyundai Motorstudio Goyang yang buatkan semangat travel goyang jika tidak berkunjung ke tempat ini.
Bangunan seperti kapal angkasa ini terletak kira-kira 45 minit dari Seoul dan dianggap taman tema automobil terbesar di Korea.
Dibuka sejak tahun 2017, ia dibina untuk tunjukkan kepada dunia bagaimana proses pengilangan kereta keluaran Hyundai ini, dari bahagian enjin, pemasangan dan mengecat.
Difahamkan terdapat sebuah ruang untuk bahan aluminium yang digerakkan oleh kutub kinetik bagi membentuk kereta.
Hyundai Motorstudio Goyang is the largest automobile theme park in Korea. This kinetic installation shows the movement of hundreds of aluminum poles, creating a different shape with each movement [source: https://t.co/MnT7qWUnhc] pic.twitter.com/Gmn2yhbjsD
— Massimo (@Rainmaker1973) July 22, 2021
Kemudahan lain yang disediakan termasuk dapur, kafe dan kedai cenderamata. Sambil-sambil buru tempat Koreanovela dan shopping K-products, ini antara tempat yang mesti tanda dalam bucket list sekiranya sampai ke Korea (selepas pandemik).