Home Entertainment “Ia Bukan Masalah Besar Pun,” Ibu Jong Hoon Bela Anak, Netizen Panas...

“Ia Bukan Masalah Besar Pun,” Ibu Jong Hoon Bela Anak, Netizen Panas Hati

0

Bekas penyanyi Jonghoon telah terlihat menghadiri kebaktian di gereja bersama ibunya, selepas dia dibebaskan dari penjara.

Jonghun, bekas ahli kumpulan F.T. Island, dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan seksual dan terlibat dalam skandal ‘Burning Sun’, namun telah dibebaskan selepas dipenjara selama dua tahun enam bulan.

page5

Pada 12 Januari lalu, ‘The Fact’ telah mengeluarkan satu video eksklusif di YouTube.

Dia ketika ditemu bual berambut panjang diikat ke belakang, berkaca mata, dan memakai topeng.

Apabila wartawan ‘The Fact’ cuba menemu bual Jonghun di tempat letak kereta gereja, Jonghun kelihatan terkejut dan berkata, “Bagaimana awak tahu saya datang ke sini?

1642009167 2

Adakah orang gereja benar-benar membocorkan maklumat saya seperti itu? Saya mempunyai trauma yang teruk juga, ini sangat mengejutkan.

1642009161 2

Semasa temu bual Jonghun kemudian memanggil ibunya untuk mendapatkan bantuan, dengan berkata, “Ibu, wartawan ni, tiba-tiba menemu bual saya.”

1642009061 2

Ibu Jonghun kemudian meluru ke sisi anaknya dan menjerit kepada wartawan. Dia berteriak, “Mengapa kamu bertanya soalan begitu kepadanya?

1642009086 2

1642009055 2

Pergi. Mengapa kamu membuat kecoh tentang sesuatu yang bukan masalah yang besar? Kamu akan akan mendapat balasan Tuhan.

Sudah, terima kasih. Mengapa kamu perlu berbuat demikian apabila seseorang itu cuba untuk jalani kehidupannya dengan iman?

Bila masa dah berlalu nanti, Tuhan yang akan menentukan segalanya.  Nanti keputusannya semua akan baik- baik sahaja. Tunggu dan lihat.”

Vide Eksklusif The Fact: https://www.youtube.com/watch?v=F-TFhHdvbtE

Selepas melihat video terbaru bekas penyanyi itu dan reaksi ibunya, ramai netizen Korea terpinga-pinga dan memberikan komen berhubung isu ini.

unnamed 1 8

Netizen mengulas, “Ibunya menganggap perkara itu bukan masalah besar, sebab itulah anaknya menganggap jenayah yang dilakukannya bukanlah masalah besar,”

“Jadi begitulah dia dibesarkan. Apa yang dia buat bukan masalah besar…”

“Ibu, anak anda telah melakukan perkara kejam dan kamu kata itu bukan masalah besar? bagaimana dengan mangsa yang menderita? Saya harap dia tidak muncul di khalayak ramai lagi. Saya tak nak tengok pun kisah pasal dia,”

270238083 4310286475744562 484642125540985675 n

“Nanti dibalas Tuhan…itu kelakar,” dan “Bukan masalah besar? Saya tertanya-tanya sama ada dia boleh mengatakan perkara yang sama jika anak perempuannya yang dirogol.”

Sumber: allkpop