Jessi telah mengejutkan dunia hiburan Korea selepas meninggalkan P NATION pada Julai lepas. Namun, dia dikhabarkan masih dalam proses memilih agensi yang lain.
Pada 24 Ogos yang lalu, Jessi sedang berbincang untuk kontrak secara eksklusif dengan agensi Antenna Music, dan sedang membuat proses rundingan lanjut.
Antenna Music memberi respons mengenai desas desus tersebut:
“Ia Tidak Benar”
Selepas tiga tahun bekerjasama secara eksklusif dengan P NATION, kontrak penyanyi sensasi tersebut telah tamat pada Julai lepas.
Sehingga kini, tiada informasi sahih yang dapat diperolehi mengenai agensi yang bakal disertai oleh Jessi buat masa kini.
Jessi hot kot! Lebarkan sayap ke international level la pulak!
Sumber: KimchiDaily
Baca artikel terdahulu: “Anak Siapa Pulak Saya Mengandung Ni?” Rapper Jessi Beri Respond Terhadap Gosip Kehamilan