Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok dakayepp, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang lelaki membuat satu luahan mengenai barang keperluan harian rumah yang kini harganya melonjak naik. Beliau mengatakan tidak sanggup apabila mendengar respon ibu bapanya yang tidak berpuas hati dengan harga barang yang semakin menaik. Lelaki ini juga membuat satu pengakuan bahawa beliau pernah menyokong kerajaan ‘sekarang’.
Oleh disebabkan itu, beliau kini menyuarakan tentang isu ini dan video klip ini juga telah menarik perhatian ramai serta tular di media sosial.
(Gambar hiasan)
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan apa yang dikatakan oleh lelaki ini sememangnya membuatkan orang ramai bersetuju dengan responnya. Ada juga yang mengatakan bahawa mereka tidak berpuas hati dengan harga barang yang semakin naik. Video klip ini juga telah raih perhatian ramai, dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 510K penonton, 46.2K sukaan dan 4153 komen.
Pemilik video klip ini juga menulis satu kapsyen seperti dibawah:
“Walaupun aku tahu , suara dan luahan aku tk akan didengar oleh mana ii pihak, tapi aku sebagai rakyat aku tetap nak pakai hak aku untuk menyuarakan benda ni”
Lihat klip durasi respon lelaki ini:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@MAYRUNNER: paling gila beras,,,,bukan naik sen2 naik ringgit terus..gila semua ni
@Adir Perak: aku x pelik dgn madani tp aku pelik masih ad yg sokong diaorang ni
@user4970066195572: Pertama Kali dlm Sejarah Malaysia Beras menjadi Isu dan Amat Mahal
@safura: sy sbgai anak yg menyara orang tua terasa sgt2..beras+minyak+bwg+telur dekat rm200..tu benda basic..blom brg basah..smpi bercatu mkn kat umah skrg
@P4p4@jahat: orang bujang yg jaga diri sndiri betul x merasa..tapi kami yg ada anak2 besar2 ne hermm amat terkesan
@” AbG_PaNJang “: 22 bulan dah jadi pengajaran dulu… so ??? ni dh pegang balik, sama.je mcm 22 bulan yg lepas…
@Muhammad Hazim: Lenkali dengar ckp org tua2 dlu undi spe pendapat org dulu2 lebih bernas skang da terlambat
@kaki sidai: member aku bwk lori brg wajib isi beras,katanya Kedah stop keluar beras skrg beras Kelantan g Johor, mcm tu lah dia ckp… pantau balik
@FLashRider: satu dunia barang naik tinggi sekarang ni.. ni semua ujian dari allah. saya ni bukan alim tapi kita kena minta tolong kat allah je skarang ni.
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram