Sekarang ini sedang tular di mana seorang budak baru darjah satu dikurung oleh gurunya di dalam pagar besi seperti banduan. Cerita tersebut telah tular di media sosial dan telah mendapat perhatian netizen.
Menerusi gambar tangkap layar group ws sekolah yang telah tersebar tersebut, dapat dilihat ibu kepada budak tersebut seakan marah apabila mengetahui anaknya diletakkan di dalam bilik berjaring untuk tujuan pengasingan. Ibu kepada budak tersebut siap menghantar gambar bilik tersebut di dalam group ws tersebut.
Dapat dilihat terdapat seorang guru yang mengaku melakukan perbuatan tersebut.
Perbuatan terbut tidak wajar dilakukan memandangkan budak tersebut masih kecil dan baru darjah 1. Ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan guru terbabit.
Lihat juga komen netizen :
@Joker : Cuba dgr penjelasan dr cikgu2 n sekolah tu pulak. Kalau tak sebab dia nakal n buas or buli budak2 lain takdenya kena denda mcmtu. Zmn aku sekolah dlu lg teruk kena rotan, cubit etc kalau nakal . Korg takyah nk poyo overprotective sgt. Nnti ank korg bl besar spoil mcm ankusazali
@Saiful_sepet : Saya yakin dan percaya pagar tu dibina khusus untuk mengelakkan pelajar mendekati TNB box tu. Tapi kalau dah diguna untuk kurung pelajar dalam tu, lebih baik diasingkan cikgu tu dari sekolah berkenaan, sebelum terpisah ibu bapa dan anak kemudian hari.
@aimanhaiqalll : sebab tu nak jadi guru sekarang ni kena ada ‘soul’ tu sebab taknak jadi benda gini la.. kena tau lain budak lain perangai.. mencabar memang mencabar lagi lagi untuk sekolah rendah tapi janganlah buat benda tanpa fikir consequence nya aiyo
@wildflower : Perghhh, cikgu science saya dulu masa darjah satu garang gila, masatu guna kapur lagi so ada duster jenis kayu, dibalingnya kena kepala kawan sy, berdarah, sekali ayah dia datang sekolah bawa senapang patah jumpa cikgu tu
@blushpinkpeony : Budak darjah 1 kot ..paling2 teruk pun kau suruh bdiri luar kelas 10 mins. Tak pun, suruh je parents dtg sekolah ckp nk jmpa. It’s wrong to put him behind bars like that. Ada pngawasan ke dduk mcmtu? Igt haiwan ke apa
@yamilurobohn : Asal cikgu tak denda homework extra ke? Contoh kalau hari ni homework 10 soalan saja, tambah la lagi 5 soalan ke 10 soalan lagi ke? Dah tahu kan tak boleh buat macam zaman P Ramlee punya dend
@Wawasyqa : Lebih baik dengar dulu penjelasan daripada guru tu. Jangan kita nak letakkan 100% salah pada guru tu. Selepas kita dengar penjelasan dari guru tu baru kita boleh menilai. Bukan mudah ye nak mendidik dan mengajar budak zaman sekarang.
@syyree : sekolah government ke ni? apa hak cikgu nak kurung budak macam ni? bodoh takde akal. haiwan pun taknak being caged inikan pulak manusia
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Twitter AzuanMekanik