Tular di media sosial apabila seorang pemuda berkongsikan satu info kepada orang ramai agar ahli keluarga beliau dapat ditemui dengan segera. Pemuda tersebut ingin raih pertolongan ramai agar dapat membantu beliau mencari keluarga mereka.
“Kita doa yg baik2 buat depa semua..”
Mengikut apa yang diperoleh, keluarga beliau yang terdiri daripada ibu mertua, adik lelaki dan dua orang anak beliau sudah keluar dari pulau tersebut dan berangkat pulang kerana anak beliau perlu dihantar ke klinik kerana dikatakan sedang sakit.Namun beliau sudah mencari segenap pusat kesihatan di sekitar tersebut dan masih tiada kelibat keluarga mereka disitu.
Berikutan itu, beliau menjelaskan lagi bahawa kali terakhir mereka berhubung adalah pada 29 September 2023 baru baru ini dan sehingga kini masih tiada sebarang info berkenaan mereka. Hal ini sudah dilaporkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut dan beliau berharap jika ada yang melihat kelibat mereka untuk terus hubungi beliau pada no 017-3360049.
Baca ini: “Aura Dia Lain Macam..”- Pemuda Tamil Disuruh Nasyid Di Maulidur Rasul Buat Ramai Tak Sangka
Baca ini: “Boleh Patah Stereng” -Aksi Lelaki Cina Main ‘Arcade’ Tarik Perhatian Ramai
Rakaman penuh boleh ditonton di :
View this post on Instagram
Pelbagai komen yang diberikan oleh netizen seperti :
@imah ahmad: katanya dah ada petunjuk tgk latest update ah pek tu.Allahhu berdebar rasa
@N: tengok kat fb Ah Pek semalam, berdebar2 rasanya. ntah ape la yg jd kat diorang. last update 29/9, hari ni dh 3/10
@mamaprincess: Follow rapat fb ah pek ,latest story 20min lps. Masih blm ada clue. Kereta pun x ada di jeti. Allah, moga dipermudahkan segalanya
@Momina1403: Semoga Allah permudahlan segala urusan ah pek mencari anak….allahhu tak noleh bayang nak mencari di mana la…
@Umyzara: viralkan no plate kreta.mn tahu ad ssapa npk..semoga Allah permudahkn urusan kluarga ini..
@Molly_Hatchet: dh kenapa ramai yg salahkan mak mertua,adik diorg semua tu..mcm diorg plk culik bdk² tu,benda xsahih lg sb apa blh hilang.doa yg baik² jelah
@Siti Zalikha: Penting install apps find device dkt hp keluarga masing2, at least kita tahu last location mereka, Ya Allah lindungilah mereka
@AG@AbgGuard/GRAB: cuba cek blk hari pertama siapa yg bawa bot smp la hari terakhir diaorg dpt dihubungi,pastu yg bgtau diaorg pergi hospital tu pun kena siasat juga
@EnamBelas: ada tgok story dia baru update 2 minit lepas “ Alhamdulillah petunjuk pertama dah nampak “ Kita doa yg baik2 buat depa semua
@RaishaRizzqi: sy rase dyeorang selamat.kalau x salah orangla. sy ade jupe budak laki baju putih ni di shell inderapura kuantan semalam.dalam jam 8 lbh semalam.
@eilaila13: Allah baru smlm fyp 2 budak hilang “Ibu” lepas kena tikam dgn Suami..Harinie lalu plk Fyp Ibu hilang “2 ank”..semoga semuanya baik2 sja
@shamwiyah: kita ni bila bercuti salu dan kerap amik pic lokasi update kat status…biar la pe owg kta nk nunjuk²…ini la sbb nyr bila 1² kes berlaku
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram