Home Lifestyle Ibu Muda Melahirkan 12 Anak 12 Tahun Berturut-Turut!!

Ibu Muda Melahirkan 12 Anak 12 Tahun Berturut-Turut!!

0

Mampukah seorang wanita hamil dan melahirkan anak setiap tahun tanpa henti?

Courtney Rogers dari New Mexico sebelum ini pernah menggegarkan dunia dengan berita dia mempunyai 10 orang anak dalam tempoh 10 tahun perkahwinan, 2 tahun selepas itu rupa-rupanya Cortney Roger menambah lagi 2 orang cahaya mata.

66629E31 5CDA 41D1 8ADA 9022989F4B0A

Melahirkan dan membesarkan anak-anak sering membuat perasaan bercampur-baur. Sukar dinafikan anak-anak kecil ini sering membawa perubahan emosi yang pelbagai kepada ibu dan ayahnya. Paling beremosi pastinya si ibu.

Cuba bayangkan, mempunyai seorang, 2 orang, 3 orang pun sudah cukup memenatkan dan memeningkan kepala, Courtney Rogers memiliki 12 orang anak dengan jarak kehamilan yang rapat-rapat semuanya.

Courtney Rogers baru sahaja berusia 38 tahun dan kini dia sudah melahirkan 12 orang cahaya mata dan membesarkan mereka bersama-sama suaminya iaitu Chris.

Pada hari Isnin yang lalu, Courtney Rogers sekeluarga telah menyambut ahli baru dalam keluarganya iaitu seorang bayi perempuan yang diberi nama Cambria. Cambria adalah anak ke-12 pasangan suami isteri ini.

Akhirnya mereka mencukupkan angka 12 dan boleh berbangga kerana pencapaian mereka sama dengan satu filem yang popular pada suatu ketika dahulu iaitu Cheaper by the Dozen.

Pasangan bahagia itu mendedahkan bahawa mereka tidak pernah mengimpikan mempunyai anak-anak yang ramai, malahan pada tahun pertama perkahwinan mereka, Courtney Rogers mengalami keguguran.

1EDB500A 40F7 49EE A90C 5616A8E21B10 8DC33966 DAFB 48B0 93E1 3F7E0F2FD905

Anak pertama dalam keluarga ini adalah seorang anak lelaki yang diberi nama Clint, Clint dilahirkan pada 30 Mac 2010. Selepas kehadiran Clint, pasangan ini menambah anak iaitu 5 lagi anak lelaki dan seterusnya 6 anak perempuan. Anak-anak mereka adalah Clint 12 tahun, Clay 10 tahun, Cade 9 tahun, Callie 8 tahun, Cash 7 tahun, pasangan kembar Colt dan Case masing-masing 6 tahun, Calena 4 tahun, Caydie 3 tahun, Coralee 2 tahun, Caris 1 tahun dan yang terbaru adalah Cambria yang baru sahaja berusia beberapa hari.

Bagaimanakah keluarga ini menguruskan perbelanjaan dengan jumlah keluarga yang besar?

Dalam hal perbelanjaan dan bajet, ibu rumah iaitu Courtney Rogers patut diberikan pujian kerana dia berjaya menguruskan perbelanjaan rumah dengan baik sekali.

Antara perkara dan peraturan yang dilakukan adalah dengan memperkenalkan ‘bulan tidak berbelanja’. Courtney memilih bulan Januari untuk tidak berbelanja perkara yang bukan-bukan. Mereka hanya membeli keperluan makan minum sahaja pada bulan Januari.

Keluarga ini juga tidak mengamalkan makan di luar atau bungkus makanan di luar. Mereka makan masakan di rumah sepanjang masa. Mereka juga tidak menyewa dan membeli sebarang filem secara atas talian atau fizikal. Pastinya mereka tidak membazir duit untuk membeli perkara-perkara yang bukan keperluan. Kehendak diketepikan tapi keperluan diutamakan.

Baca Lagi: Kisah Kehidupan Dan Tragedi Di Sebalik “American Sniper”

Baca Juga: Kisah Kehidupan Dan Tragedi Di Sebalik “American Sniper”