Home Entertainment “Ibu Negara Malaysia Adalah Manila”, Kata Song Ji-hyo Dalam Running Man

“Ibu Negara Malaysia Adalah Manila”, Kata Song Ji-hyo Dalam Running Man

0

Negara Malaysia yang disebut dalam episod Running Man amat menggembirakan netizen Malaysia kerana rancangan aneka ragam dari Korea Selatan tersebut sangat popular di sini.

Dalam episod yang disiarkan pada 23 Ogos lalu, bintang program tersebut, Ji Suk-jin meminta tetamu selebriti Lee Young-ji untuk menamakan ibu negara Malaysia. Rapper wanita itu payah untuk menjawabnya walaupun sudah diberi petunjuk oleh Suk-jin.

“Ku? Ku? Kuala guskida dudalmans?” balas Lee sekali gus mengundang gelak tawa semua orang.

Cuba lagi, girl.

“Kuala Lumbalumba?”

Akhirnya Suk-jin beritahu jawapannya. Serentak itu Song Ji-hyo lalu masuk ke dalam studio dan turut diajukan soalan yang sama.

Dengan yakinnya pelakon The Witch’s Diner itu menjawab, “Manila.”

Memetik laporan The Star, Ji-hyo mungkin dah tak ingat yang kali terakhir dia di Kuala Lumpur pada bulan September 2017 untuk lawatan promosi.

Tonton video di bawah.