Tidak dinafikan kepercayaan misteri yang dikaitkan dengan ikan puyu dalam masyarat Melayu amat sinonim. Ikan puyu dan perkara mistik tidak dapat dipisahkan. Ia umpama cerita turun-temurun dalam masyarakat tempatan, malah tidak mengira bangsa.
Baru saja tular di tiktok @kisahtulip di mana tuan punya rakaman meluahkan perasaan pelik apabila ikan puyu yang dibeli di dalam rumah hanya aktif pada waktu malam dan dilihat seperti menari serta meloncat-loncat di dalam akuarium.
pada pencinta ikan .. kenapa ye ikn puyu saya jd mcm ni. dia akn aktif waktu tgh mlm menari mcm ni and then melompat dan tegak mcm tu.. boleh sapa2 jelaskn..
Di ruangan komen pula, ramai yang berkongsi pengalaman sama yang mana ikan puyu yang dibela mereka berkait dengan mistik.
“pengalaman sendiri. bela dlm 10 ekor dlm tong. sepuluh2 hilang. tak dapat dikesan. 2 minggu kemudian,puyu2 tu ada balik.”
“kata org ikan puyu ni salah satu binatng yg boleh elak kita kena sihir santau dan pukau”
“saya pernah bela 2 ekor,yg jd kemusykilan 1 pg tu nak bg makan tub² seekor lg ikan tak de cari² dah terkeluar dari bekas padahal bekas tutup rapat”
“ad jugak terbaca katanya ikan puyu ni boleh kesan kehadiran makhluk halus…dia macam ada tindak balas kalau ada .. tapi tak tau la btoi ka dak”
“penah tau dulu mak aq bela ikan puyu ni. ada satu hari tu aq bangun pagi ikan puyu aq tggai kepala jaa. seolah dia dimakan. “
Baca juga : 7 Filem ”Pengusiran Syaitan” Menarik Bagi Peminat Genre Mistik
Baca juga : Haiwan ‘Aneh’ Melintas Di Tengah Jalan Siap Angkat Tangan Buat Netizen Terhibur
Lihat klip berdurasi pendek di instagram :
View this post on Instagram
Lihat juga komen netizen :
@Kedai baju kanak-kanak : Pngalamn sy prnah bela ikn puyu ni dlm 5/6 ekor mcm biase rutin harian bgi mkn., stu hri to pgi nk bgi mkn tngok semua dh mapus siap dngn darah2 agi
@AyraZara_ : ibu dulu ada bela ikan puyu..1hari tu bll kmpng dlm bbrp hari..blk dari kmpng masuk je rmh bau busuk..sekali tgk ikan puyu habis bnyknya mcm kena mkn
@abrjahari : kalau hujan lebat memang dia aktif…nak cari tempat bertelur/mengawan
@zamzaf : normal. sifat puyu memang mcm tu klu dr pengalaman la..waktu mlm paling aktif cari peluang lompat keluar…pernh tengok dia lompat hmpr 2m tinggi
@syahAJ_ : akuarium kasi besa skit..pastu bg mkn udg yg jual kt kedai akurium tu skit .jd sado dia
@shaleniashvin : Tukar warna penutup tu ke hitam lepas tu tengok je
@VJ769 POMOGUNAN : ikan ni mmg jenis kuat melompat..kalau d tepi sawah2 pun bgitu..
@Kaz : Normal kak hari saya bela tngh malam dia bukak astro channel 550
PERHATIAN: Pihak Daebaking.Co tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking.Co juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram